Assalamualaikum~
Fuuuuuuuuuuuhhhhhhhhh......alhamdulillah lega orientasi dah selesai... dekat UKM ni orientasinya digelar MMM not M&M wokeyy?
MMM stands for Minggu Mesra Mahasiswa.Sangat precious memori masa orientasi ni.So enjoy je orientasi even penat ke sakit kaki ke sebab banyak jalan or whatsoever.just think positive and go on..
Ooooooo lupa pulak nak ceghitaa..aku kan budak medik dan sepatutnya kami ni haa first batch yang rasmi KTDI di IPG tu...tetapi,,,
KTDI tak siap renovate lagi..sobssobsss..
Seriyes terkejut gila badak gorilla elephant sume..tut tut tinggal kat bangi.. kat kolej pendeta za'ba. Kolej di hujung dunia. Hekkkk. Dah mangat dah nak decorate decorate bilik bagai (konon kononlah).
So,, now im writing this at my temporary room with no roommate (kak put ada ulang alik dari rumah..huhu) But its okay its alright!! Sebulan je kot stay sini in shaa allah~~ pakat buat solat hajat tiap tiap hari bagi kolej siap cepat..hahahaha.
Now back to MMM,, ari isnin daftar bagai..dah terkezuttt bagai bagai tu pegi lah bangi... jem pulak nak masuk kolej pendeta za'ba ni adoyaiiii..nasib baik abah cool la gak.tapi yang kangkungnye..adik aku pakat tido dalam keta...sodapp je..orang dupdapdupdap nak masuk U.Penat tunggu habis jem..penat angkat beg sampai tingkat tiga. Dahlah masa matrik aku dapat tingkat 4.kurusnya idok.. Aissshhh.
Seriyes lagi ni... kitaorang dikurniakan (ececece) kakak dan abang PC yang sangat caring maring..terharu uooolllsss..setiap hari setiap masa tak jemu tanya..
Siapa tak sihat? Siapa tak dapat makanan lagi? Siapa ......? Dan bermacam lagi.
Naik jemu dengar..hehehe.tapi best orang tanya banyak kali macam tu.
Aktiviti semua bestt~ Bagi akulah..aku suka gila masa pergi lawat fakulti and pergi DECTAR. Sangat best sebab boleh jumpa dekan dan orang orang kuat UKM semua.. mereka mereka ini sangat friendly sampai rasa macam mak bapak kita pulak...rasa sangat tinggi darjat mereka mereka ni semua..tak tahulah nak cakap macam mana diaorang macam ada aura yang tersendiri. Allah sendiri angkat darjat orang berilmu..betullah tu sangat betul. Rasa kagum tengok dekan dekan semua..prof.madya.dr sume...berbangga sangat dapat kenal.even diaorang tak kenal kita..yelah budak mentah lagi.keke.
Next,, yang paling sinonim dengan UKM ni adalah PERANG DECTAR.
Apa kebondo ni perang DECTAR ni? Apahal nak perang perang bagai takde kerja dah?
Bukan macam tu perang ni just macam perang cheers la...dengan semangat kekolejan yang dipupuk semasa orientasi ni...semua mahasiswa siswi semua salurkan melalui suara...menjerit melalaklah korang semua..hehehe..tapi kitaorang balik awal apakan daya~
Malam semalam pulak ada dinner dekat PPUKM. Dah habis dinner kiraorang apa lagi snap snaplah dengan PC semua... PC ni pemudah cara macam fasilah kiranya..tapi kita kan U dah tak mainlahh fasi fasi nihhh..hahaha poyooo!
Sangat sangat sangat berterima lasih dekat kakak dan abang PC semua..even seminggu je dengan kitaorang tapi rasa dekat..kitaorang akan ingat pesanan amanat semua...
Aku ni kira dah jadi doktor tapi tinggal segulung ijazah je melayakkan diri nak letak DR. kat depan nama tuhh.. 5 tahun lagi doakan batch kami semua~
Bukannya nak kena lulus dengan cemerlang je..tapi kena pandai apply apa yang kita dah belajar dekat patient. Kena amalkan.. semoga dipermudahkan segala galanya... kitaorang dekat sini bukan nak compete siapa lagi pandai..tapi kita sama sama tolong sesama sendiri nak berjaya..yang tu lah kejayaan sebenar (bukan nak gebang ke bajet poyo ke apa tapi benda ni sangat betul).sebab bila kita belajar mestilah nak berjaya sama sama dengan kawan kan? Kalau yang takde perasaan camtu cepat cepat taubat..jangan selfish sangat..tak ke mana pun.. Allah boleh tarik nikmat kita ada ni sekelip mata je.. peringatan kat diri sendiri juga.. Rasa sangat happy bila kawan kawan kita semua berjaya.. aku sangat happy sebab kawan sepraktikum sewingmates sesekolah sume berjaya dapat U syukur sangat sangat.( betul ke ni BM ni)
Fuuuuuuuhhh lagi sekali.panjang sangat ceritanya..so thats all.
Selamat maju jaya budak medik sekalian~ jom jadi doktor yang berjaya dunia akhirat :)
Sekian.
-fnn-
Bestnya dah masuk U. Gudluck Dr Fnn. Hihi
ReplyDelete