.contact me.




Saturday, December 20, 2014

Aku suka naik bas

Assalamualaikum uollss..

Masalah betul minah ni hari tu cerita suka masuk hospital,ni cerita suka naik bas pulak..

Ek eleh aku punya suka,aku ceritalah!! Ada aku kisah. HAHAHAA..

Ceritanya macam ni..

Pada suatu masa dahulu, aku ni masa sekolah rendah, rumah aku dekat sangaaaatt dengan sekolah.
So aku jalan kaki lah pegi sekolah. Takkan nak perabihkan minyak mak ayah aku semata mata malas jalan kaki pergi sekolah?

Aku ni kira jakun lah kalau nampak bas, sebab kat sekolah rendah aku dulu mesti ada kawan yang naik kereta mak ayah diaorang hantar dan ada jugak kaum kerabat yang naik bas.
Bagi akulah kan, siapa yang naik bas tu ohsem gilerrr! Sebab apa tau.. dulu masa sekolah rendah mestilah kita semua pendek pastu kalau naik bas tinggi so bolehlah nampak bumbung kereta orang lain..hikhikhik. pelik tak pemikiran aku masa dulu.

Pastu akulah paling jakun kalau ada nak pergi lawatan sekolah,camping ke,,sebab kalau nak pergi beramai ramai mestilah naik bas kan?? Jakun sangattt..

Nak dijadikan cerita kejakunan aku pun berleluasa sampai ke sekolah menengah,
Masa sekolah menengah pulak aku ni duduk asrama. Manalah naik bas. sekangkang kera je nak pergi sekolah (sebab tu suka keluar lambat..teruk betul perangai pengawas yang sorang ni)

Tiap kali naik bas je aku jadi macam excited semacam pastu usha usha orang kat luar..kalau ada budak budak pakcik makcik lambai lambai kat diaorang.Alhamdulillah kawan aku pun sama.jakun jugak.hahahaha

Pendek kata aku sukalah bas ni...pastu dah makin besar ni kan sejak dah pandai drive ni aku pikir. "Hebat betul orang yang bawak bas ni"
yelah bayangkanlah bas tu dahlah besar nak kona kat simpang tu kalau salah belok kang ada yang terbalik. Dahlah ramai orang yang dia bawak.. Hebat hebat. Aku yang bawak innova ni sipi sipi je nasib baik lepas :)

Haaaaa.... nak dijadikan cerita aku masuk UKM ni... nak dijadikan cerita lagi patutnya kami pelajar perubatan sepatutnya menetap kat Kolej Tun Dr. Ismail ataupun nama komersial dia.. KTDI

Akan tetapi disebabkan kolej tak siap lagi...sobsobsob..(sedeyy buat iteww camnieeyyy) transport harian kitaorang dari Bangi pergi Cheras tu adalah BAS.

Sungguh ironi hidup ni.. masa aku sekolah rendah,menengah,matrik sema takdelah pulak naik bas tapi masa dah masuk universiti ni amek kau naik lah bas puas puas.

Heeeeeeeee.... nak cerita pasal bas lagi..hari hari kitaorang semua kena bangun awal pagi pagi,,sebelum ayam berkokok semua sebab bas tunggu 6.30 pagi tapi selalunya ada lagi awal daripada tu... siapa yang terlajak tidur tu nasiblah..nasib baik jugak aku senang bangun pagi,,,nak diharapkan aku yang tidur mati ni memang selalu la kot tertinggal bas. Tapi alhamdulillah setakat ni tak lagi..hikhikhik..tak sanggup ditinggalkan bas.adapun sekali je tapi bukan pagilah..petang.

Bas yang kitaorang naik semua ada 4.
Nama mereka adalah
 1) NOOR
2) Eltabina
3) WSN jenama mercedes benz.(entahlah aku pun tak pasti) hahaha
4) Bas UKM

tapi hidup tak selalunya indah, kadang kadang adalah bas nak rosak nak ni lah nak itulah.. kalau terpaksa sangat bas tu dah penuh terpaksalah duduk kat tangga bas,
Kelebihannya boleh tengok dari driver punya view.. boleh usha pakcik bas tu bawak camne mana tau boleh pulak nanti aku bawak bas.hahaha
Kekurangannya aku suka tidur dalam bas so tak boleh tidur lah dah duduk kat tangga bas tu...buang tebiat ke apa?

Pastu nak cerita lagi kalau naik bas ni kan...bas NOOR tu paling aku dengan kawan aku suka sebab seatdia beste,, Walaupun ada kawan aku dah rosakkan satu seat..teehee dan driver dia sangat baik,,dia akan make sure batch aku semua dah naik bas..kalau tak pun kadang kadang dia call kan kawan bas dia yang lain kalau ada budak tak naik bas lagi,,camtulah baiknya. Kalau kitaorang turun bas pun mestilah cakap terima kasih pastu dia senyum balik..ada yang lain kitaorang terima kasih tak pandang pun,,,syok pulak dia berwassap,huhuhuhu,, camni arr.


Dah nama budak universiti mestilah jenis yang aktifkan tapi kadang kadang tu agak agak lah...masa naik bas pagi pagi tu lah masa orang lain nak tidur tu lah ada makhluk Allah ni bising bising sembang sembang.. its okay lah nak sembang ... AKAN TETAPI. pikirlah orang jugak. Aku pikir diaorang ni tak ngantuk ke? Walawala eh bising macam pasar.. bukan nak gebang tapi ni cerita betul. Sampai kawan aku ni,,nampak je kitaorang akan naik satu bas yang sama, kitaorang akan gunakan seagi kudrat yang ada nak elak dari anasir anasir ni.. HUHH..

Takpe kita chill lepak je.. dengar cerita In shaa Allah semester depan kita nak pindah. Aku pun tak tahu tapi yang pasti aku dah muak naik bas. sebab apa? sebab lagi induce aku nak tidur. Dahlah hobi tidur,,apa nak jadi ntah... sabar ye my friends~ sesiapa yang kejut aku tak bangun tu harap maaf. Tapi diriku ni seorang yang taruk bom dekat sebelah pun tak bangun..aku spesies yang tu..
Thanks kawan kawan yang mengerti love uollsss~

Tabah sama susah sama sama senang sama sama~ Semoga kita berjaya dunia akhirat. aaamin~


sticky note : EOM 3 dah habis. hewheww macam biasa kita tawakkal. Allah kan ada :)

Aku tak buat lagi reflective writing. Blog ni boleh tak? Hehe.

No comments:

Post a Comment