.contact me.




Monday, February 9, 2015

7 JENIS PERSAHABATAN HANYA 1 SAMPAI AKHIRAT






 1. TA'ARUFFAN Persahabatan yang terjalin secara kebetulan, seperti pernah bertemu di stesyen kereta api, hotel, hospital, pejabat pos, ATM, dan lainnya. .


 2. TAARIIHAN Persahabatan yang terjalin kerana faktor sejarah, misalnya teman sekampung, satu kelas, satu sekolah, satu asrama, dan sebagainya. .


3. AHAMMIYYATAN Persahabatan yang terjalin karana faktor kepentingan tertentu seperti rakan bisnes, politik dan sebagainya. .


4. FAARIHAN Persahabatan yang terjalin kerana faktor hobi, seperti teman futsal, badminton, memancing, dan sebagainya. .


5. AMALAN Persahabatan yang terjalin kerana kerjaya, misalnya sama-sama guru, doktor, arkitek dan sebagainya. .


6. ADUWWAN Sahabat tetapi musuh, depan kita bukan main dia baik lagi tapi bila belakang kita ... Allah! Pijak semut pun tak mati! Talam dua muka. Seperti firman Allah SWT : "Kalau kamu mendapat kebaikan atau kesenangan, ia menyakitkan hati mereka, bila kamu ditimpa musibah, mereka senang hati ..." (Surah Ali Imran : 120) . Rasulullah SAW mengajarkan doa : "Allahumma Ya Allah ... selamatkanlah aku dari sahabat yang bila melihat kebaikanku dia bersembunyi tetapi bila dia melihat keburukanku dia sebarkan." .


7. HUBBAN LIMAANAN Sebuah ikatan persahabatan yang lahir batin, tulus saling cinta dan sayang kerana ALLAH Azza wa jalla, saling menolong, menasihati, menutupi aib sahabatnya, memberi hadiah, bahkan diam-diam dipenghujung malam, ia doakan sahabatnya. Boleh jadi ia tidak bertemu tetapi ia cinta sahabatnya kerana Allah Ta'ala. .





Dari 7 macam persahabatan di atas, 1 hingga 6 akan LENYAP di Akhirat. Yang tinggal hanya 1 ikatan persahabatan iaitu persahabatan yang ke-7. Persahabatan yang terjalin kerana Allah Taala seperti firman Allah SWT : "Pada hari itu (Kiamat) sahabat - sahabat karib akan menjadi musuh bagi yang lain kecuali persahabatan kerana ketaqwaan" (Surah Az-Zukhruf :67) . Semoga dieratkan persahabatan kita kerana Allah. Amin Versi baru..masti baca.. Pada satu hari, Pak Amir pergi ke hutan untuk mencari kayu api. Pabila lalu kat kawasan tasik, Pak Amir tergelincir dan kapak buruknye terjatuh dalam tasik tu. Maka datanglah Pari-pari Tasik kepada Pak Amir. Pari-pari: "Kenapa dengan kau?" Pak Amir: "Kapak aku terjatuh ke dalam tasik." Pari-pari pun menyelam dan kembali bersama kapak perak. Pari-pari: "Inikah kapak kamu?" Pak Amir: "Tidak." Pari-pari pun menyelam dan kembali bersama kapak emas. Pari-pari: "Inikah kapak kamu?" Pak Amir: "Tidak, kapak aku buruk sahaja." Pari-pari pun menyelam dan kembali bersama kapak buruk. Pari-pari: "Inikah kapak kamu?" Pak Amir: "Ya, itulah kapak buruk aku." Pari-pari Tasik suka sikap Pak Amir yang jujur itu lalu memberikan ketiga-tiga kapak itu kepadanya. Pada hari lain pulak. Pak Amir berjalan di sekitar tasik yang sama bersama isterinya. Kali ni isterinye plak yang terjatuh ke dalam tasik. Pak Amir susah hati. Maka datanglah Pari-pari Tasik kepada Pak Amir.. Pari-pari: "Kenapa kau bersedih?" Pak Amir: "Isteriku jatuh ke dalam tasik." Pari-pari pun menyelam dan kembali bersama Emma Maembong. Pari-pari: "Inikah isteri kau?" Sambil menangis Pak Amir menjawab... "Ya, itulah isteriku.." Pari-pari pun marah, "Sungguh ku tak sangka, kau yang jujur satu masa dulu telah menjadi tamak?" Sambil menahan pilu Pak Amir menjawab, "Aku bukan tamak, kalau aku kata 'tidak' pada Emma Maembong... kau akan bawakan pula Luna Maya... kalau aku katakan 'tidak' juga, barulah kau bawakan isteriku... bila aku kata 'ya', kau akan berikan mereka bertiga padaku... Aku yang miskin ni tak mampu tanggung mereka semua..." .


Rehatkan minda dulu ALLAH akan UJI kita dengan benda yang PALING kita LEMAH:


Mungkin kau bab-bab solat jemaah ni kau okay. Dapat pergi surau 5 waktu semua. Tapi, jangan ingat kau hebat. Mungkin kau tak lemah bab solat jemaah, kau lemah bab tak boleh tahan nafsu dengan perempuan. Maka, Allah akan uji kau dengan PEREMPUAN! Sejauh mana kau boleh tahan dengan ujian tu? Ikhtilat, cinta, couple, video lucah dan sebagainya? Selagi kau tak settle bab tu, kau jangan rasa kau hebat dan jangan sesekali puas!

Mungkin, bab-bab tutup aurat sempurna, pakai tudung labuh semua, kau okay. Tapi, jangan ingat kau hebat. Mungkin kau tak lemah bab-bab aurat. Tapi, kau lemah bab obsess artis! Maka, Allah akan UJI kau dengan artis! Sejauh mana kau boleh tahan dengan ujian tu? Kpop, Justin Bieber, One dorection, Lee Min Ho, drama korea jepun bagai. Sebab tu, ramai je orang tudung labuh, tapi bab ni tak settle. Selagi kau tak settle bab ni, jangan ingat kau hebat, dan jengan sesekali puas!!

Mungkin, kau, bab-bab akhlak semua kau okay. Akhlak kau baik, sopan, pemaaf, peramah dan sebagainya. Tapi, bab aurat kau lemah. Maka, Allah akan uji kau bab aurat! Sejauh mana kau boleh tutup aurat sempurna? Tudung labuh tutup dada dan bahu, takde senggul, tak jarang, warna tak menarik perhatian dan lain-lain?? So, jangan mendabik dada dan puas dengan akhlak kau. Kerana tu bukan kelemahan kau!


Mungkin kau ni lelaki yang langsung tak tergoda bila tengok perempuan-perempuan seksi. Kau langsung tak tertarik. Soleh la katakan. Tapi, seperti biasa, Allah akan uji dengan benda yang kau lemah! Maka, Allah akan datangkan perempuan yang bertudung labuh sempurna untuk hancurkan kau! Sebab tu wujud post-post kat FB dan twitter lelaki yang bajet soleh, yang berbunyi: "Subhanallah! Sejuknya mata memandang wanita bertudung labuh. Moga kalian istiqomah!!" "Seindah hiasan adalah wanita solehah. Tenang hati melihat perempuan-perempuan bertudung labuh ni....." Hancur! Tudung labuh ke tak, tunduk pandangan la kawan! **** Banyak lagi contoh. Tapi, masing-masing ada kelemahan masing-masing. At one point, kita jangan rasa diri kita hebat dengan sesuatu perkara dan merendahkan orang lain, kerana kita mampu buat perkara tu kerana itu bukan kelemahan kita! Orang yang beriman, adalah, dia mampu atasi segala ujian yang Allah beri, termasuklah mengatasi ujian menyelesaikan segala kelemahan-kelemahan yang kita ada. Ingat, Allah akan uji kita dengan benda yang paling kita lemah. 

#notetoself

No comments:

Post a Comment