Cerita ni dah lama dah.. tapi memandangkan semalam ada SGD for reflective writing. Jadi saya rasa nak update blog ni.
Macam ni..Hari berkenaan adalah hari Selasa minggu lepas di mana pelajar medik tahun 2 UKM semangat nak balik. Jadi bangun pun lambat pada hari tu.. Kiranya dah macam hari Jumaat la kan. Semua malas malas sebab otak dengan hati dah ada dekat rumah dah. Rindu nak makan dekat rumah dengan free tanpa perlu tapau atau mengeluarkan duit. Pergi dapur cedok makanan lepas tu makan. Habis cerita.
Tapi tu bukan sebenarnya yang saya nak cerita. Yang saya nak cerita adalah sayalah salah seorang yang bangun lambat tu. Tambahan pula, air di KTDI 2 ni dia malu-malu nak keluar pagi tu. Maka pergi ke kuliah pun lambat.
Hari tu ada satu kuliah dan satu praktikal di tingkat 7 makmal 8. promote lab kat sini pulak :) mihmihmih. Dan nak dijadikan lagi hari tu dekat lab tu ada pula nak buat BLOOD FILM di mana doktor dan pembantu makmal berkongsi ilmu macam mana nak lakukan prosedur tersebut.
Saya yang paginya lambat gelabah macam monyet terlupa pula membawa white coat. Ini adalah perkara WAJIB ye untuk dipakai di makmal. Tak pernah terlupa bawak tapi kalau bawak pun ada sekali tu.. Tak pakai pun. HUH.
Dengan perasaan sebak sebab terpaksa mengeluarkan duit RM5 dari dompet pergilah naik tingkat 8. Pejabat makmal. Pinjam as in 'SEWA' dengan harga RM5 tu...habis duit nak makan nasik. White coat yang dipinjam pula berada di dalam kondisi yang tidak baik. Maka bertambah lagi perasaan iatu kesal. Fikir betapa bijaknya diri ini, waktu nak sangat guna white coat, waktu tu jugaklah tak bawak. Bagus Fatin Baguss!!Marah diri sendiri.
Turun balik dekat makmal sendiri, ambil tisu, ambil slide. Lap slide bagi bersih sambil positifkan diri. Minta pertolongan kawan cucuk jari. Keluarkan darah.Lepas tu ada sesi derma darah dekat kawan. Lalu buat lah blood film.
Peringatan!
THICK BLOOD FILM
Malaria - buat bentuk bulat sebesar 5 sen
Filariasis - bentuk bujur
Kenapa lain bentuk? Supaya senang nak bezakan. Kalau kerja nanti mesti banyak slide yang kena tengok. Takut pening tersilap tertukar dan sebagainya.
THIN BLOOD FILM.
Pastikan slide untuk SCRAPE thin blood film tu 45 darjah.
Dan lalukan di atas darah dengan laju. Ingat kalau thin blood film posisikan darah di hujung slide. Bukan di tengah seperti thick blood film.
Selesai sudah blood film yang dibuat dengan bersungguh-sungguh. Maka kami tunggu doktor bagi memulakan sesi Meet Expert Session ( MES ).
Masa tu dah lupa dah yang doktor nak melihat 'hasil' pelajar-pelajarnya.
Rupa-rupanya masa awal-awal sebelum mula semua tu doktor dah pesan dia nak lihat semua orang kena lulus buat blood film tu. Dan dia nak pilih siapa pemenangnya di mana blood film paling cantik dan gempak.
Cuba teka! Doktor pilih aku punye wehhh..wakakakaaka ( ok dah hilang ayat baku tak baku sangat tu) Tak sangka weh...siyes.. dah lah berliku liku hidup aku sebelum masuk lab tu.. Rupa-rupanya ada hikmah. Menang blood film paling lawa. Tak ada hadiah pun tapi puas hati lah.. penat penat perah darah sendiri bagi keluar, derma lagi dekat orang.hehehe.. Berkat kesungguhan dan berkat kesabaran. Ecehh.
Kesimpulannya, janganlah tertinggal white coat. Kena sewa RM5 melayang duit satu hal.Kotor satu hal.Mood dah turun dah masa tu. Tapi kecekalan dan kegigihan lagi tinngi bila dah jadi macam tu..Hmmmmm.. sekian~
![]() |
My THICK and THIN blood film |
No comments:
Post a Comment