Tuesday, July 19, 2016
One time 21 years old :')
Assalamualaikum semua yang tersesat masuk blog ni~
Aku sebenarnya dah lama dah nak tulis post ni,, tapi macam biasalah update insta pun lambat,apatah lagi blog kan..sobsob
Post ni sebenarnya nak berterima kasih kepada orang-orang yang mengenali diri ini, yang Allah bagi jumpa sepanjang 21 tahun hidup ni. Sebab insan-insan ni lah yang banyak membentuk personaliti aku selama ni.
Pertama sekali nak ucapkan syukur alhamdulillah kepada Ilahi sebab Allah dah panjangkan umur aku sampai 21 tahun,,makasih ya Allah (gaya nabila mutiara hati - cite kegemaran zaman sekolah rendah).. rasa tua jap sebab dah betul betul masuk 20-an ni
Aku nak ucap terima kasih jugak kepada semua yang wish aku 13 Julai haritu,,sama ada dekat instagram, facebook ke whatsapp ke ataupun secara dalam hati, terima kasih jugak sebab doakan aku :)
13 Julai haritu aku banyak muhasabah diri,,dari aku kecik, masuk tadika sampailah boleh masuk U ni.. aku sebenarnya tak sangka yang aku ni yang selebet,ntah pape,yang hidup dalam dunia sendiri ni dah melepasi banyak fasa dalam kehidupan ni.. ayat tak boleh blah,, bagilah can sikit nak refleksi diri nak bebel kat sini~
Aku nak berterima kasih banyak banyak terutamanya kat abah dengan ibu :') dah besarkan kakak sampai 21 tahun,, budak nakal, degil, semua perangai ada,, terima kasih abah ibu sebab banyak sokong, banyak marah, banyak nasihat dan banyak doakan kakak,,hohoho.. Sayang abah ibu <3
Terima kasih jugak dekat adik adik yang tolerate dengan kakak yang garang dan kadang-kadang perangai macam monyet (actually korang pun macam monyet).. dah besar dah korang, dulu ingat lagi gaduh-gaduh mulut,, cakap sikit naik angin macam kena sampuk hantu, gaduh baling-baling barang,,sepak menyepak semua ada, sekarang ni kita dah matang dah sikit dan disebabkan kita semua ada taekwando dengan silat, masing,,nasib baik dah tak gaduh-gaduh dah..kang ada masuk hospital kena highkick. Even kakak marah korang sebenarnya kakak sayang korang. Bweeekkk.
Terima kasih jugak dekat cikgu,guru,teacher,ustaz dan ustazah. Terima kasih yang mengajar saya dari ABC sampailah sekarang.Dari saya tadika, sekolah rendah,menengah,matrik sampai universiti dan juga yang bakal menjadi guru saya. Mungkin saya dah lupa nama tapi saya still ingat muka,inshaAllah.Mintak maaf jugak kalau saya nakal, makan dan tidur dalam kelas, mintak maaf jugak kalau saya ada ponteng kelas ke dulu,,zaman tengah rebel :')
Lastly, to my friends yang kenal diri yang hina ini,, terima kasih korang, sebab korang lah ada aku kenal serba-serbi perangai orang dekat dunia ni, sebab koranglah aku boleh cope dengan perangai orang pelik-pelik yang aku pernah jumpa selama ni. Terima kasih jugak sebab sudi kawan sebab aku pun salah seorang manusia yang pelik tu.
Hai kawan-kawan SRIK~
sesiapa yang baca ni ingat lagi tak kita? Sorry dah lama sangat tak lawat korang,, kalau teringat zaman sekolah rendah rasa macam lawak sangat :) selalu main sama sama, gaduh pastu make up balik,,sangat tak matang waktu dulu..even dah lama tak jumpa fatin still ingat korang..hehehe
Ingat lagi kita semua suka sangat main,especially bola perang~ bila lagi ek nak main sama sama?
Hai kawan-kawan SAMTISH~
Fnn here~ rasa macam baru semalam je tinggalkan sekolah,, padahal dah 4 tahun dah weh,,fnn paling ingat masa kita habis SPM dulu.. macam orang gila dah masa BBQ tu :) tapi seronok sangat masa tu..sebab masa tu lah kita baru nak hargai kawan-kawan kita, masa tu kita luahkan isi hati kita, macam-macam kan kita tempuh masa sekolah dulu,, huhaa huhaa sama sama.. nangis sama-sama,, marah sama sama..
Banyak sangat kenangan sebenarnya dekat SAMTISH :)
Koranglah paling banyak mengajar fnn macam mana nak hadapi hidup ni, sebab kita semua remaja kan,masing-masing lagilah tak matang, nak ikut kepala sendiri je,, Fnn mintak maaf kalau sepanjang kenal ada terkasar, terbuat sakit hati or apa apa sahaja,, sorry korang. Masa SPM dulu fnn banyak fikir dapat ke fnn hidup sampai masuk U,, dapat ke fnn nak jadi apa yang fnn nak,, masa ni lah fikir masa depan,, Masa ni kan nak sangat cepat keluar sekolah,nak rasa jadi adult..
Tapi bila dah masuk matrik dengan U ni,, rasa nak masuk sekolah menengah balik:')
Rindu zaman paling gila kot,,paling best form 5 lah sebab kita dah senior kan,, Rindu nak duduk dalam bilik prep sama sama,,pastu sembang ntah pape,, hahaha (padahal selalu tidur dalam bilik prep) sekarang baru nak menyesal sebab tidur banyak sangat...sayang korang semua tak kira yang duduk luar ke dalam ke.. terima kasih sebab sudi kawan dengan fnn:) Fnn harap korang semua berjaya mengejar cita-cita korang dunya wal akhirah
Next hai to my KMM friend~ kolej matrikulasi melaka.. dekat matrik ni orang panggil aku nadira..sebab nama aku kan fatin nadira, so nak merasa orang panggil nadira, bagi ayu sikit
Sebenarnya bersyukur sangat jumpa korang jugak especially yang satu praktikum, satu dorm and satu aras~ tanpa korang kan rasanya hidup nadira kat matrik hambar,, korang banyak tolong nadira yang blurr ni :) even kita kenal 10 bulan kan, rasa sangat bond kita kuat,,kalau terserempak kat mana-mana ke tegur lah ye... even matrik orang cakap susah, tapi sebenarnya depends kat diri kita sendiri susah ke senang tu. Bagi aku matrik ni best sebab ada korang semua. Terima kasih jugak sebab sudi kawan dengan nadira yang blur senget benget ni :')
Next to my batch MD 2019, to my Yongpal, Hadiqatussakinah and my KhazinatulAsrar~~wootwoot
Hai korang,, hahaha macam lawaklah pulak sebab nanti kita jumpa lagi kan:)
First sekali nak cakap tahniah sangat sangat dekat sesiapa yang lulus, Alhamdulillah kita masuk 3rd year sama sama,, masa dapat result sem 4 haritu sebak kot sebab tak sangka lulus :')..Rezeki Allah~ kepada sesiapa yang kena re-sit, tolong jangan sedih, sebab Allah sayang korang, Allah nak uji korang,, inshaAllah korang lagi pro dari kitaorang modul yang kena resit tu,, aku doakan korang semua lulus semua modul yang kena re-sit and dapat masuk 3rd year sama-sama,, korang boleh!! usaha, tawakal lepas tu yakin dekat Allah.. sebenarnya aku pun main jawab je masa exam haritu,, sebab kita semua tahu kan,, kita dah belajar modul tu,tapi disebabkan banyak sangat, mungkin ada yang kita jawab tu kita tak yakin,, tapi aku yakinkan diri sendiri inshaAllah, Allah tolong kita,sebab kita semua dah usaha, Allah nak tengok kita yakin ke tak dekat Dia :')
Aku harap kita semua dapat menghadapi tahun tahun yang akan datang dengan penuh semangat dan tabah..Ingat misi kita kenapa nak jadi doktor :) semoga dipermudahkan.. nanti kepada sesiapa yang dapat sama posting dengan aku,, aku harap kita semua dapat kerjasama and lulus sama sama,, takut excited semua ada..
Takut sebab tak pernah hadapi phase ni,,excited sebab cita-cita aku tercapai nak belajar masuk hospital,merangkak sikit sikit nak jadi Dr.
Sampai sekarang sebenarnya aku tak sangka aku dapat medic, tapi alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan aku sepanjang aku bergelar medical student ni dan aku bersyukur sangat sangat sebab jumpa kawan kawan macam korang yang sangat gila-gila, yang masuk kepala dengan aku, yang boleh terima aku, yang boleh bimbing aku, semualah :') :') semoga tercapai #misijubahmerah2019
Aaamin
Ikhlas dari saya,
Fatin, fnn, Nadira.
p/s: tengah usaha baca Talley kulit ke kulit...muahahahha
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment