Minggu lepas banyak sangat benda berlaku dalam hidup aku,
setelah sekian lama duduk rumah masa cuti haritu, rutin harian aku makan,tidur,
main game, tidur, main dengan kucing so minggu ni hectic lah jugak sebab dah
lama tak menggerakkan badan.
Okay sekarang ni aku baru je habis Kem PPD yang kedua . Kem
ni untuk 3rd year yang bakal menjejakkan kaki dekat wad nanti. Tahun ni batch
kitaorang diberi kesempatan nak ber-kem dekat luar. Kem Permata, Alor Gajah
Melaka. Jangan risau pasal nak bawak apa blab la tu semua. Sebab nanti ada
briefing pasal camp ni, so nanti rancang-rancang nak bawak apa ye. Macam kawan
aku ada yang bawak luggage, siap bawak bantal peluk lagi..kekeke. Aku macam
biasa malas nak bawak barang banyak. Aku just bawak beg balik kampung asrama
aku dulu je plus beg kasut dengan beg belakang.
WARNING!! Kepada sesiapa yang guna Umobile prepare diri anda
sebab dekat sini tak ada line >.< Harap maklum. Masa kat kem ni akulah
salah seorang daripada manusia yang tinggal dekat bawah tempurung. Keluar je
kem kan teruss zappp bar line aku naik. Panas je hati ni.
So this camp is for
our preparation and warm up how to handle things PPD-ly in clinical settings.
PPD- ly ni kita kena sentiasa beretika kena patuh law yang dah ditetapkan as a
doctor, kena fikir macam mana kita nak treat patient kita according to these
four things :
1) Non-maleficience
2) Beneficience
3) Autonomy
4) Justice
Sebenarnya banyak lagi ethics yang kitaorang dah belajar
tapi 4 ni yang kena diutamakan.
Banyak jugak lah aktiviti berkumpulan kena buat and of
course paling penting dalam setiap Kem PPD di UKM bagi budak medik adalah
sketch. Masa ni lah kita tebalkan muka, pasang topeng muka tak malu sebab kita
akan berlakon. Sketch ni ikut kumpulan yang dah ditetapkan and kumpulan ni
random, tak semestinya kita dapat group sama posting. Kumpulan ni just nak
mixed up batch kitaorang so semua orang dapat berkenalan dengan kawan-kawan
yang lain especially kawan baru dari UNPAD. Hai my new friends! Sumpah masa Kem
PPD 3 nanti aku nak bawak watak orang gila, sakit mental ke, sebab aku rasa aku
sesuai bawak watak tu. Kali ni aku jadi si wartawan Melodi kepoh nak interview
Ayda Jebat. ZAASSSS~
Ada jugaklah aktiviti outdoor masa kem ni, siyes penat sebab
dah lama tak exercise,,,sobsob dulu masa silat lepak je. Tapi takpelah tercapai
hajat aku nak merasa PLKN walaupun sekejap cuma..
On our last day, mestilah ada majlis penutupan. Masa tu lah
student-student yang bakal jejak 3rd year ni, kena berikrar, kena
berjanji nak jadi student yang gemilang terbilang. Tabah dan boleh berfikiran
kritis. Perrgghh ayat tak menahan..hewheww. Tapi betul lah. Dah masuk klinikal
ni aku sedar la aku kena jadi matang lebih sikit. Fikir tu jangan dalam dunia
sendiri je. Kena ingat orang lain. Kena bersikap murni, masa klinikal ni lah
nak asah bakat menahan amarah amarah, segala apa-apa yang dilemparkan oleh
sesiapa. Dan aku rasa masa klinikal ni lah kita kena belajar bangun balik and
get out of my comfort zone. Semoga dipermudahkan~ Masa tengah ikrar ni adalah
sentap sentap sikit tapi takdelah sampai bertakung air mata. Rasa excited takut
semua dah bercampur dah, menyebabkan perasaan aku jadi neutral masa tu.
Papepun,, doakan kami semua yang nak masuk klinikal ni,
semoga banyak ilmu, pengalaman, pengajaran yang kitaorang boleh amek sepanjang
belajar dekat HUKM ni.. Aaaminn~
Time for basic clinic!
BetVictor Casino Site - Lucky Club
ReplyDeleteBetVictor luckyclub.live Casino Site - Lucky Club. Lucky Club: All you need to know. Since we have over 8000 slot machines to choose from here you can expect an