![]() |
syaz.abas.me.feyr.ehem feyr |
Assalamualaikum~
Busy busy busy memanjang, sejak masuk Year 3 ni, masa tu memang kejap je berlalu.
First posting aku O&G, lagilah busy, kena cover bed, kena marah, semua benda kena, buat kena marah.. tak buat kena marah. Sepanjang O&G ni aku rasa hati aku ni macam tisu je. Hailaaa nak buat macam mana kan, dah nama student medik, Takpe marah sekarang so that in the future kitaorang semua jadi safe doctor. Nak rawat orang lain.sobsss (doakan aku dengan batch aku).
Kayss,, yang benda ni aku cerita hari lain, sekarang aku nak cerita pasal run yang aku join kelmarin.
Event ni kawan kawan UIA yang organize, kitaorang just menyemak je join, nak merasa la kan join run universiti lain,, selama ni terperuk je dekat UKM.
Yang ni kawan aku yang ajak nak run ni, thanks syaz!!( budak injured + hantar gambar kat salah group) Selama aku join run ni,, asek amek 5KM so kali ni aku nak challenge la sikit diri aku ni, gila nak 10KM. Dah dah UIA pulak, siapa yang budak UIA tahu la kan korang punye topografi macam mana,, BUKIT BUKIT BUKIT.
Nasib badan, bak kata syaz kalau takde thigh gap lepas ni tak tahu lah. Mula mula nak ajak Yongpal pergi, tapi apakan daya, masa ni dah start cuti midsem so yang tinggal 3 orang je insan bertuah, Aku, Feyr and Syaz~ Woii korang baca tak ni? aku tulis nama korang.hohoho
Okay yang bestnye EVERRUN bagi aku murah lah berbanding ORTHORUN yang aku join dulu
RM45 for 10KM dapat baju, medal, sijil ngan refreshment sikit. Baju pun superb,medal pun lawa,tapi yang paling lawa ofkos lah ORTHORUN haritu., pandai designer design.. THUMBS UP :)
Pagi tu patutnya dah kena sampai dekat UIA 7.30 pagi tapi macam biasalah terlambat, hewhewww.. aku datang datang je tak menyempat nak warm-up semua terus lari. Huaaaa,,, nasib baik tak cramp ke apa. Disebabkan jalan pun berbukit bukau,, mostly aku tak lari lah kan masa naik bukit semput kang. Masa turun ataupun masa jalan okay je aku lari. Alhamdulillah dapat jugak habiskan run ni tanpa pengsan ataupun injured. Tapi siyes cakap siapa yang dapat 10KM mesti lalu kot satu bukit ni.. Ya rabbi, tak boleh nak cakap macam mana cerunnye bukit tu,,gile lah. Ni lah kali pertama dan terakhir aku nak lari dekat UIA. Terima kasih :). Papepun even dia berbukit bukit semua, scenery dekat UIA ni best,, nampak pokok semua, dia punya bangunan perghhh,, LAWA!
Aku habis pun dekat dekat dengan Syaz, dah nak sampai penamat tu nampak Syaz, kira okay lah tu, Syaz lari 5KM aku lari 10KM, masa start pun beza 10 minit macam tu..hohoho pastu tak lama sikit Feyr pun sampai.. GOOD JOB Feyr~~~ walaupun dah lama tak lari kann,, siann feyr tak dapat memori fes time lari bersama yang tersayang,, sokayy lain kali jom join lari lagi ye feyr.muahh ciked.
![]() |
with feyr omeyy~ |
Ni jelah aku nak cerita,,tak banyak sangat pun. Tapi next run kalau aku ada masa tenaga semua, aku nak join lagi 10KM! Semangat nak kumpul medal banyak banyak. Nanti aku dah kahwin susah lah sikit kan, lain lah kalau future husband suka gak benda camni(cakap macam dah ada calon), so sekarang ni lah aku berlari sana sini.:)))
Bagi sesiapa yang nak join run tu,, join je, kalau larian tu larian amal lagi bagus sambil kita sihatkan badan kita sedekah jugak. Aku cadangkan korang amek 3KM or 5KM dulu.. kalau rasa macam okay je 5KM tu, nak lagi adventure amek lah 10KM..hohohoho.. yang setakat aku join ni semua colour run,, yang baling baling serbuk warna warni tu. Next time maybe nak join yang lagi best sket.
![]() |
me n syaz~ syaz jom join 10KM pulak |
![]() |
cara nak bagi muka nampak V |
![]() |
aku rasa tudung ni dah boleh jadi tudung rasmi run aku. |
![]() |
makan dekat mamak, nasik lemak paru <3 |
![]() |
le amigo |