.contact me.




Tuesday, November 15, 2016

CONVEST EVER RUN 2016

syaz.abas.me.feyr.ehem feyr



Assalamualaikum~
Busy busy busy memanjang, sejak masuk Year 3 ni, masa tu memang kejap je berlalu.
First posting aku O&G, lagilah busy, kena cover bed, kena marah, semua benda kena, buat kena marah.. tak buat kena marah. Sepanjang O&G ni aku rasa hati aku ni macam tisu je. Hailaaa nak buat macam mana kan, dah nama student medik, Takpe marah sekarang so that in the future kitaorang semua jadi safe doctor. Nak rawat orang lain.sobsss (doakan aku dengan batch aku).

Kayss,, yang benda ni aku cerita hari lain, sekarang aku nak cerita pasal run yang aku join kelmarin.
Event ni kawan kawan UIA yang organize, kitaorang just menyemak je join, nak merasa la kan join run universiti lain,, selama ni terperuk je dekat UKM.

Yang ni kawan aku yang ajak nak run ni, thanks syaz!!( budak injured + hantar gambar kat salah group) Selama aku join run ni,, asek amek 5KM so kali ni aku nak challenge la sikit diri aku ni, gila nak 10KM. Dah dah UIA pulak, siapa yang budak UIA tahu la kan korang punye topografi macam mana,, BUKIT BUKIT BUKIT.


Nasib badan, bak kata syaz kalau takde thigh gap lepas ni tak tahu lah. Mula mula nak ajak Yongpal pergi, tapi apakan daya, masa ni dah start cuti midsem so yang tinggal 3 orang je insan bertuah, Aku, Feyr and Syaz~ Woii korang baca tak ni? aku tulis nama korang.hohoho

Okay yang bestnye EVERRUN bagi aku murah lah berbanding ORTHORUN yang aku join dulu
RM45 for 10KM dapat baju, medal, sijil ngan refreshment sikit. Baju pun superb,medal pun lawa,tapi yang paling lawa ofkos lah ORTHORUN haritu., pandai designer design.. THUMBS UP :)

Pagi tu patutnya dah kena sampai dekat UIA 7.30 pagi tapi macam biasalah terlambat, hewhewww.. aku datang datang je tak menyempat nak warm-up semua terus lari. Huaaaa,,, nasib baik tak cramp ke apa. Disebabkan jalan pun berbukit bukau,, mostly aku tak lari lah kan masa naik bukit semput kang. Masa turun ataupun masa jalan okay je aku lari. Alhamdulillah dapat jugak habiskan run ni tanpa pengsan ataupun injured. Tapi siyes cakap siapa yang dapat 10KM mesti lalu kot satu bukit ni.. Ya rabbi, tak boleh nak cakap macam mana cerunnye bukit tu,,gile lah. Ni lah kali pertama dan terakhir aku nak lari dekat UIA. Terima kasih :). Papepun even dia berbukit bukit semua, scenery dekat UIA ni best,, nampak pokok semua, dia punya bangunan perghhh,, LAWA!

Aku habis pun dekat dekat dengan Syaz, dah nak sampai penamat tu nampak Syaz, kira okay lah tu, Syaz lari 5KM aku lari 10KM, masa start pun beza 10 minit macam tu..hohoho pastu tak lama sikit Feyr pun sampai.. GOOD JOB Feyr~~~ walaupun dah lama tak lari kann,, siann feyr tak dapat memori fes time lari bersama yang tersayang,, sokayy lain kali jom join lari lagi ye feyr.muahh ciked.

with feyr omeyy~
Lepas dari lari tu macam biasa lah kan tangkap gambar,, kenangan gitu. Sorry sangat sangat kepada rakanku yang berada di UIA, tak sempat nak jumpa, bagitau pun tak..sobsobb.. sebab sekejap je fnn pergi sana lepas tu balik Cheras balik. Sorryyyy,,, ada jodoh kita jumpa ye.

Ni jelah aku nak cerita,,tak banyak sangat pun. Tapi next run kalau aku ada masa tenaga semua, aku nak join lagi 10KM! Semangat nak kumpul medal banyak banyak. Nanti aku dah kahwin susah lah sikit kan, lain lah kalau future husband suka gak benda camni(cakap macam dah ada calon), so sekarang ni lah aku berlari sana sini.:)))

Bagi sesiapa yang nak join run tu,, join je, kalau larian tu larian amal lagi bagus sambil kita sihatkan badan kita sedekah jugak. Aku cadangkan korang amek 3KM or 5KM dulu.. kalau rasa macam okay je 5KM tu, nak lagi adventure amek lah 10KM..hohohoho.. yang setakat aku join ni semua colour run,, yang baling baling serbuk warna warni tu. Next time maybe nak join yang lagi best sket.
me n syaz~ syaz jom join 10KM pulak

cara nak bagi muka nampak V

aku rasa tudung ni dah boleh jadi tudung rasmi run aku.

makan dekat mamak, nasik lemak paru <3

le amigo


Saturday, September 3, 2016

ORTHO RUN 2016 DONE


Assalamualaikum~ hohohohohohohoho ( gaya diva )..rajin aku mengupdate blog ni sekarang. selagi mana aku rasa nak menulis ni aku tulislah, kang dah datang mood malas, setahun tak update.

Yeaaaa!! Akhirnya tercapai cita-cita aku nak masuk benda-benda larian ni, setelah sekian lamanya. Aku dulu masa sekolah menengah suka gila merentas desa, sebab apa minah ni?
Sebabnya kan dulu aku duduk asrama bukannye budak luar (budak tak tinggal asrama) so jakun la sikit dapat jalan jalan dekat kawasan dekat dekat dengan sekolah aku. And finally! Hari ni aku sempatlah lari sikit area Cheras yang dekat dengan HUKM ni. Selama ni dok naik uber, teksi bawak kereta je. Pe kata kita lari pulak.Selalunye kalau orang perempuan ni kalau lari kan senak kat perut. Kali ni alhamdulillah okay je..wakakaka, adakah dah kurus? Tidak sama sekali. Aku pun tak tahu. Sebab lagi banyak jalan kot. BTW, aku lari 5KM jerrr… Yang ni pun dah semput. Dah lama tak exercise camni lah..hehe tak mampu nak masuk 10KM. Boleh tu boleh mungkin nanti adalah kot pengsan tengah jalan. 

Aku join ortho run ni sekali ngan kengkawan aku, Syaz.Shae and Mel~ Thanks korang sebab ajak join, rasalah macam produktif sikit minggu ni.hoho.
Ramai jugak yang join especially senior kitaorang, jangan terkejut prof and dr kitaorang pun ada jugak join. Semangat uollsss.



Kitaorang lari 5KM je, Abas lari 10KM. Kami noob je.






" korang jom join run lain~"

Aku dengan kawan aku ofkos lah datang pun dah nak last minit, warm up pun tak sempat, nasib tak cramp tapi jangan risau paramedic UKM semua ada. Terima kasih dekat polis trafik dan AJK AJK OrthoRun sebab tolong sediakan air tolong tengokkan jalan semua. Makasihhh yaa.

Aku ni tadi tak tau la yang mana lagi banyak, lari ke jalan..rasenye sama je kot. Dah sampai dekat finish line tu terus cari kawan aku, amek air and goodies bag. Ada medal, buah epal, vitamin dengan roti~
Design medal dia sumpah lawa. Bagi aku lah. Lain orang lain taste kan.
Papepun puas hatilah, sebab wishlist sem ni dah dapat tick satu. Kalau ada lagi event camni nak join lagi! Nak kumpul medal~ wootwoot. 

Lawa kannnn!
Back to books. O&G basic clinic dah habis tinggal lagi tiga posting untuk basic clinic ni. Next week surgery~ preparing myself for a long hours of lecture. Semoga telinga dan mata tabah minggu depan.Kalau aku rajin nak update pasal basic clinic aku for one month. Until then baibaiiii.

Sekian.

budak jakun

Thursday, September 1, 2016

Kem PPD 2 - My Year 3 Journey






Assalamualaikum peeps,
Minggu lepas banyak sangat benda berlaku dalam hidup aku, setelah sekian lama duduk rumah masa cuti haritu, rutin harian aku makan,tidur, main game, tidur, main dengan kucing so minggu ni hectic lah jugak sebab dah lama tak menggerakkan badan.

Okay sekarang ni aku baru je habis Kem PPD yang kedua . Kem ni untuk 3rd year yang bakal menjejakkan kaki dekat wad nanti. Tahun ni batch kitaorang diberi kesempatan nak ber-kem dekat luar. Kem Permata, Alor Gajah Melaka. Jangan risau pasal nak bawak apa blab la tu semua. Sebab nanti ada briefing pasal camp ni, so nanti rancang-rancang nak bawak apa ye. Macam kawan aku ada yang bawak luggage, siap bawak bantal peluk lagi..kekeke. Aku macam biasa malas nak bawak barang banyak. Aku just bawak beg balik kampung asrama aku dulu je plus beg kasut dengan beg belakang.

WARNING!! Kepada sesiapa yang guna Umobile prepare diri anda sebab dekat sini tak ada line >.< Harap maklum. Masa kat kem ni akulah salah seorang daripada manusia yang tinggal dekat bawah tempurung. Keluar je kem kan teruss zappp bar line aku naik. Panas je hati ni.
 So this camp is for our preparation and warm up how to handle things PPD-ly in clinical settings. PPD- ly ni kita kena sentiasa beretika kena patuh law yang dah ditetapkan as a doctor, kena fikir macam mana kita nak treat patient kita according to these four things :
1) Non-maleficience
2) Beneficience
3) Autonomy
4) Justice


Sebenarnya banyak lagi ethics yang kitaorang dah belajar tapi 4 ni yang kena diutamakan.
Banyak jugak lah aktiviti berkumpulan kena buat and of course paling penting dalam setiap Kem PPD di UKM bagi budak medik adalah sketch. Masa ni lah kita tebalkan muka, pasang topeng muka tak malu sebab kita akan berlakon. Sketch ni ikut kumpulan yang dah ditetapkan and kumpulan ni random, tak semestinya kita dapat group sama posting. Kumpulan ni just nak mixed up batch kitaorang so semua orang dapat berkenalan dengan kawan-kawan yang lain especially kawan baru dari UNPAD. Hai my new friends! Sumpah masa Kem PPD 3 nanti aku nak bawak watak orang gila, sakit mental ke, sebab aku rasa aku sesuai bawak watak tu. Kali ni aku jadi si wartawan Melodi kepoh nak interview Ayda Jebat. ZAASSSS~


Ada jugaklah aktiviti outdoor masa kem ni, siyes penat sebab dah lama tak exercise,,,sobsob dulu masa silat lepak je. Tapi takpelah tercapai hajat aku nak merasa PLKN walaupun sekejap cuma..
On our last day, mestilah ada majlis penutupan. Masa tu lah student-student yang bakal jejak 3rd year ni, kena berikrar, kena berjanji nak jadi student yang gemilang terbilang. Tabah dan boleh berfikiran kritis. Perrgghh ayat tak menahan..hewheww. Tapi betul lah. Dah masuk klinikal ni aku sedar la aku kena jadi matang lebih sikit. Fikir tu jangan dalam dunia sendiri je. Kena ingat orang lain. Kena bersikap murni, masa klinikal ni lah nak asah bakat menahan amarah amarah, segala apa-apa yang dilemparkan oleh sesiapa. Dan aku rasa masa klinikal ni lah kita kena belajar bangun balik and get out of my comfort zone. Semoga dipermudahkan~ Masa tengah ikrar ni adalah sentap sentap sikit tapi takdelah sampai bertakung air mata. Rasa excited takut semua dah bercampur dah, menyebabkan perasaan aku jadi neutral masa tu.


Papepun,, doakan kami semua yang nak masuk klinikal ni, semoga banyak ilmu, pengalaman, pengajaran yang kitaorang boleh amek sepanjang belajar dekat HUKM ni.. Aaaminn~
Time for basic clinic!



SHY SHY SHYY~


Jumpa lagi Kem PPD 3 sama sama~