.contact me.




Showing posts with label medic. Show all posts
Showing posts with label medic. Show all posts

Thursday, September 1, 2016

Kem PPD 2 - My Year 3 Journey






Assalamualaikum peeps,
Minggu lepas banyak sangat benda berlaku dalam hidup aku, setelah sekian lama duduk rumah masa cuti haritu, rutin harian aku makan,tidur, main game, tidur, main dengan kucing so minggu ni hectic lah jugak sebab dah lama tak menggerakkan badan.

Okay sekarang ni aku baru je habis Kem PPD yang kedua . Kem ni untuk 3rd year yang bakal menjejakkan kaki dekat wad nanti. Tahun ni batch kitaorang diberi kesempatan nak ber-kem dekat luar. Kem Permata, Alor Gajah Melaka. Jangan risau pasal nak bawak apa blab la tu semua. Sebab nanti ada briefing pasal camp ni, so nanti rancang-rancang nak bawak apa ye. Macam kawan aku ada yang bawak luggage, siap bawak bantal peluk lagi..kekeke. Aku macam biasa malas nak bawak barang banyak. Aku just bawak beg balik kampung asrama aku dulu je plus beg kasut dengan beg belakang.

WARNING!! Kepada sesiapa yang guna Umobile prepare diri anda sebab dekat sini tak ada line >.< Harap maklum. Masa kat kem ni akulah salah seorang daripada manusia yang tinggal dekat bawah tempurung. Keluar je kem kan teruss zappp bar line aku naik. Panas je hati ni.
 So this camp is for our preparation and warm up how to handle things PPD-ly in clinical settings. PPD- ly ni kita kena sentiasa beretika kena patuh law yang dah ditetapkan as a doctor, kena fikir macam mana kita nak treat patient kita according to these four things :
1) Non-maleficience
2) Beneficience
3) Autonomy
4) Justice


Sebenarnya banyak lagi ethics yang kitaorang dah belajar tapi 4 ni yang kena diutamakan.
Banyak jugak lah aktiviti berkumpulan kena buat and of course paling penting dalam setiap Kem PPD di UKM bagi budak medik adalah sketch. Masa ni lah kita tebalkan muka, pasang topeng muka tak malu sebab kita akan berlakon. Sketch ni ikut kumpulan yang dah ditetapkan and kumpulan ni random, tak semestinya kita dapat group sama posting. Kumpulan ni just nak mixed up batch kitaorang so semua orang dapat berkenalan dengan kawan-kawan yang lain especially kawan baru dari UNPAD. Hai my new friends! Sumpah masa Kem PPD 3 nanti aku nak bawak watak orang gila, sakit mental ke, sebab aku rasa aku sesuai bawak watak tu. Kali ni aku jadi si wartawan Melodi kepoh nak interview Ayda Jebat. ZAASSSS~


Ada jugaklah aktiviti outdoor masa kem ni, siyes penat sebab dah lama tak exercise,,,sobsob dulu masa silat lepak je. Tapi takpelah tercapai hajat aku nak merasa PLKN walaupun sekejap cuma..
On our last day, mestilah ada majlis penutupan. Masa tu lah student-student yang bakal jejak 3rd year ni, kena berikrar, kena berjanji nak jadi student yang gemilang terbilang. Tabah dan boleh berfikiran kritis. Perrgghh ayat tak menahan..hewheww. Tapi betul lah. Dah masuk klinikal ni aku sedar la aku kena jadi matang lebih sikit. Fikir tu jangan dalam dunia sendiri je. Kena ingat orang lain. Kena bersikap murni, masa klinikal ni lah nak asah bakat menahan amarah amarah, segala apa-apa yang dilemparkan oleh sesiapa. Dan aku rasa masa klinikal ni lah kita kena belajar bangun balik and get out of my comfort zone. Semoga dipermudahkan~ Masa tengah ikrar ni adalah sentap sentap sikit tapi takdelah sampai bertakung air mata. Rasa excited takut semua dah bercampur dah, menyebabkan perasaan aku jadi neutral masa tu.


Papepun,, doakan kami semua yang nak masuk klinikal ni, semoga banyak ilmu, pengalaman, pengajaran yang kitaorang boleh amek sepanjang belajar dekat HUKM ni.. Aaaminn~
Time for basic clinic!



SHY SHY SHYY~


Jumpa lagi Kem PPD 3 sama sama~

Wednesday, September 30, 2015

White Coat

Assalamualaikum~

Cerita ni dah lama dah.. tapi memandangkan semalam ada SGD for reflective writing. Jadi saya rasa nak update blog ni.

Macam ni..Hari berkenaan adalah hari Selasa minggu lepas di mana pelajar medik tahun 2 UKM semangat nak balik. Jadi bangun pun lambat pada hari tu.. Kiranya dah macam hari Jumaat la kan. Semua malas malas sebab otak dengan hati dah ada dekat rumah dah. Rindu nak makan dekat rumah dengan free tanpa perlu tapau atau mengeluarkan duit. Pergi dapur cedok makanan lepas tu makan. Habis cerita.
Tapi tu bukan sebenarnya yang saya nak cerita. Yang saya nak cerita adalah sayalah salah seorang yang bangun lambat tu. Tambahan pula, air di KTDI 2 ni dia malu-malu nak keluar pagi tu. Maka pergi ke kuliah pun lambat.

Hari tu ada satu kuliah dan satu praktikal di tingkat 7 makmal 8. promote lab kat sini pulak :) mihmihmih. Dan nak dijadikan lagi hari tu dekat lab tu ada pula nak buat BLOOD FILM di mana doktor dan pembantu makmal berkongsi ilmu macam mana nak lakukan prosedur tersebut.

Saya yang paginya lambat gelabah macam monyet terlupa pula membawa white coat. Ini adalah perkara WAJIB ye untuk dipakai di makmal. Tak pernah terlupa bawak tapi kalau bawak pun ada sekali tu.. Tak pakai pun. HUH.

Dengan perasaan sebak sebab terpaksa mengeluarkan duit RM5 dari dompet pergilah naik tingkat 8. Pejabat makmal. Pinjam as in 'SEWA' dengan harga RM5 tu...habis duit nak makan nasik. White coat yang dipinjam pula berada di dalam kondisi yang tidak baik. Maka bertambah lagi perasaan iatu kesal. Fikir betapa bijaknya diri ini, waktu nak sangat guna white coat, waktu tu jugaklah tak bawak. Bagus Fatin Baguss!!Marah diri sendiri.

Turun balik dekat makmal sendiri, ambil tisu, ambil slide. Lap slide bagi bersih sambil positifkan diri. Minta pertolongan kawan cucuk jari. Keluarkan darah.Lepas tu ada sesi derma darah dekat kawan. Lalu buat lah blood film.

Peringatan!
THICK BLOOD FILM
Malaria - buat bentuk bulat sebesar 5 sen
Filariasis - bentuk bujur

Kenapa lain bentuk? Supaya senang nak bezakan. Kalau kerja nanti mesti banyak slide yang kena tengok. Takut pening tersilap tertukar dan sebagainya.

THIN BLOOD FILM.
Pastikan slide untuk SCRAPE thin blood film tu 45 darjah.
Dan lalukan di atas darah dengan laju. Ingat kalau thin blood film posisikan darah di hujung slide. Bukan di tengah seperti thick blood film.

Selesai sudah blood film yang dibuat dengan bersungguh-sungguh. Maka kami tunggu doktor bagi memulakan sesi Meet Expert Session ( MES ).
Masa tu dah lupa dah yang doktor nak melihat 'hasil' pelajar-pelajarnya.
Rupa-rupanya masa awal-awal sebelum mula semua tu doktor dah pesan dia nak lihat semua orang kena lulus buat blood film tu. Dan dia nak pilih siapa pemenangnya di mana blood film paling cantik dan gempak.

Cuba teka! Doktor pilih aku punye wehhh..wakakakaaka ( ok dah hilang ayat baku tak baku sangat tu) Tak sangka weh...siyes.. dah lah berliku liku hidup aku sebelum masuk lab tu.. Rupa-rupanya ada hikmah. Menang blood film paling lawa. Tak ada hadiah pun tapi puas hati lah.. penat penat perah darah sendiri bagi keluar, derma lagi dekat orang.hehehe.. Berkat kesungguhan dan berkat kesabaran. Ecehh.

Kesimpulannya, janganlah tertinggal white coat. Kena sewa RM5 melayang duit satu hal.Kotor satu hal.Mood dah turun dah masa tu. Tapi kecekalan dan kegigihan lagi tinngi bila dah jadi macam tu..Hmmmmm.. sekian~

My THICK and THIN blood film


Sunday, May 24, 2015

Preparing for interview MD UKM

Assalamualaikum~~~ 
Sihatt?? Iollsss sehat :) Ok kat sini nak ceghita pasal tips tips nak interview atau nama pendek dia iv. Bukannye intravenous tp interview. (lawaknyeee)

Aku dulu masa kat matrik kan macam mati kutu jugaklah sebab aku ni tiba tiba nak jadi doktor balik masa matrik..keinginan nak jadi doktor tu meluap luap. So aku isi lah upu aku ijazah doktor perubatan UKM pastu nak lagi aku isi optometri dengan benda sains sains lain yang berkaitan dengan bio.... Sebab aku fikir masa kerja nanti..boleh tak aku apply apa aku belajar masa degree time keje...adakah aku bahagia nanti masa aku kerja.. So aku pilihlah doktor saja suka suka.. 


Aku tahu result sem 1 aku kat matrik TAK 4 flat pun.tapi aku jenis selamba rock je..so yeaahhh..suka hati akulah kan UPU aku... Nak dijadikan rezeki Allah bagi.. Memang tak tahu nak cakaplah jalan Allah bagi dekat aku ni macam senang je... Aku doa kat Allah macam ni. Ya Allah kalau betullah doktor ni memang jalan aku..permudahkanlah..tu je... Tut tut dapat 


' Tahniah saudari, anda berjaya mendapatkan temuduga ijazah doktor perubatan di bla blabla..(rekaan semata mata - belasah je ayat BM,,,tak tau kenapa BM aku da merosot,cakap pun terpelat) Aku punya terkejut beruknya tunjuk dekat ibu takut aku tersalah baca ke kan..illusion ke..tapi TAK!! hehe aku memang dapat iv ni!! Perasaan masa tu tokseh cakap lahhh... DUP DAP DUP DAP DUP DAP..macam apa ntah.tapi aku gigihkan hati agar aku buat betul betul masa iv 


So here is what i do before my interview..for your information,my batch was the second to be interviewed.maksudnya interview untuk ijazah doktor perubatan dekat UKM ni baru lagi.. Jap korang mesti pelik an macam mana aku yang cakap aku tak 4 flat ni dapat interview. Jawapan aku : alhamdulillah rezeki. Doa je..kalau betullah korang ni Allah nak jadikan korang doktor in shaa allah dapat :) 



Yang penting janganlahhh nak jadi doktor sebab parents or sebab doktor ni cool or whatsoever.. Pala otak cool...tak cool pun bila ko tersilap prescribe ubat atau segala macam terr....(terjebak grey's anatomy) Masa orientasi pun fasi,doktor,prof semua tanya dab warning awal awal..." If ypu came here because of your parents or  you want to be popular like kak paten liyana( btw klau korang dapat kos ni adla jugak can nak terserempak dengan kak paten liyana ni..gojes sangat dia ni uollss) please leave this course immediately" lebih kurang macam tu lah jugak gayanya..



.hmmmm betul lah apa doktor prof semua cakap tu... Kalau kita nak belajar mestilah kita kena suka benda tu...baru senang nak masuk ilmu. Maybe masa belajar kita boleh ingat and faham semua benda tapi masa kerja nanti kita terseksa baik tak payah.siyesss aku cakap..thats why aku fikir masa nak decide UPU tu aku OK ke tak masa kerja nanti... Nanti masa kerja mulalah doktor buat hal laah itulah inilah..doktor marah patient doktor itu doktor ini.


.puncanye?? Hati dia tak ada untuk doktor...hati dia ada dekat engineering or architecture, arts or even business. So please choose wisely..kalau ada yang kat luar sana tu tersesat baca blog ni ingat ek..bagitahu dekat kawan lain..think for the future not just when you study.. Think that is this course will make me happy and bring joy to me when i work? Tu je..in shaa allah korang tahu nak pilih mana for UPU. 



OK sekarang ni aku dah membebel banyak gilaaa...maaf Ni betul betul nak bagi tips.. 




BEFORE 


1) Susun sijil sijil korang dari aekolah rendah sampai sekarang selagi mana korang masih aktif.

 Reason : aku buat benda ni tapi masalahnya masa iv doktor kan...doktor yang interview aku tak mintak pun sijil tu...sobsobsobbb...buat ponattt jeeee Tapi in case lah..buatlah ek.Tapi masa aku iv optometri doktor yang iv aku dia rajin pulakbelek-belek sijil aku :)

 2) Make a resume 


Reason : Ni kan aku google cara nak buat resume..dan aku buat..tetapi hampehh..tak dilihat dan aku rasa kalau orang tengok resume aku nak amek kerja kompemmm kena tolak..sebab macam huduh sangat resume tu....sobsobsob lagi. 


3) Print segala apa yang disuruh..contohnya kalaulah dia suruh print surat tawaran tu korang jangat buat bodoh je..buat buat cool tak bertempat..print benda tu 

Reason : kiranya benda tu macam tiket lahh...nanti korang diterima iv tu lagi BANYAKKKKK lagi benda kena print..time tu lah rasa menyampah pulak masuk U ni..hehehe 

4) Baju jangan lupa~~ kena segak segak ayu ayu If lelaki aku tak perasan sangat diaorang pakai apa...tapi kemeja la kan..yang macam pergi pejabat tu..tak adalah pulak orang pakai tshirt..mesti kena formal la..kasut, tie sume..alaaaa takkan tak tau..haiiyooo 


Haaaaa...ni kalau pompuan ni nak cakap sikit. 


Korang DONT EVER WEAR



 Warna terang 


Reason : macam nak pergi kenduri je.ada lah manusia ni pakai baju merah and tudung pun merah merelipp relipp... Kena nganjing dengan staf yang kerja kat situ..aku macam GULP nasib baik pakai warna biasa 


Advice : pakai warna tanah..warna yang sejuk mata memandang..ada paham?? Nak pakai merelip pkai masa kenduri kawen kawan korang. 

For non muslim, wear appropriate lenght mkayy?? Dont wear skirt that is too short and etc..please be sopan as possible 

No high heels 


Reason : benda ni aku pernah dengarlah macam ntah papelah kalau kita yang budak budak ni pkai kasut heels lagi vogue dari interviewer kita...ni bukan runway..so just wear flats..kasut yang berTUTUP. 


No slipper


 Reason: yelah kita nak interview bukannye pergi pasar malam



 Tu jelah kot.. 

Hati pun kena prepare..mind pun kena jugak...contohnye kalau aku ada jugak kawan aku yang lain prepare nama dekan kita apa timb dekan sape?? Course kita ni belajar apa je? Kalau aku ofcourse la aku google benda ni...isu semasa pun kena tahu tapi interviewer aku takdelah pulak tanya...terima kasih doktor sebab tak tanya..hehe saya ni tak tahu sangat. Tapi doktor aku tanya apa yang aku akan belajar dalam bidang kedoktoran ni...aku ingattt tapi tak boleh keluarkan dari otak..korang mesti faham kan?? So aku jawablah serpih serpihan yang boleh diproses oleh otak aku yaitu cardiology? Hahaha ntah pape ntah jawab pastu doktor tanye lagi kenapa kita nak jadi doktor? soalan wajib kot aku rasa yang ni...but be prepare sebab interviewer korang mesti akan provoke korang. kenapa korang nak amek course ni..doktor kan susahh...blablablabla..kena tabah lah nak jawab soalan macam ni,,kita semua mesti ada reason kan kenapa nak pursue bidang yang dikatakan mencabar ni..hohohohoho


DURING



  • be confident : but don't be too confident..biasa biasa je,kadang kadang kita rasa kita hebat sangat, rasa hebat je masa interview..tuttut tak dapat. sebab apa? sebab lupa yang kita ada Allah...
  • be cool :ofkos la kita semua akan cuak masa sebelum iv ni...huhuhuhu time ni korang selawatlah banyak banyak... bacalah ayat kursi..kalau aku, aku suka baca surah ni,,kira macam surah feveret aku-surah insyirah... in shaa allah ok
  • be humble but not too humble : masa ni lah kita nampak semua muka budak pandai pandai...kalau aku ni muka budak main game banyak makan banyak tido banyak...so rasa insecure tu ofkos ada tapi aku buang perasaan tu jauh jauh...bajet cool skit...skit je jangan banyak banyak..mihmihmih
  • answer question sincerely: kalau benda tu korang tak tahu jawab tak tahu,,,daripada goreng tak tentu hala kang diri sendiri merana.. be true to yourself
  • YOLO!! hahaha...ni sebab aku tak tahu nak tulis apa...just do your best..boleh punye! tengok aku ni,,hahaha sesat masuk kos ni :) ramai je kawan batch aku otak gila gila jangan ingat semua yang amek doktor ni ulat buku jeeee...



AFTER


kita dah usaha so kita kena tawakal kat Allah... ada rezeki kita ada la tu kat mana mana.. even korang bukan straight A SPM macam aku ni,, matrik 4 flat time sem 2 je,, perangai pun sikit lagi nak macam monyet. kalau tu dah memang Allah rancang just go on je..




Goodluck to my future junior,,,kalau terjumpa akak ni tegurlah ek..hehe.kita lepak je. Do your best. In shaa allah boleh...

Alliswell~~~~

sticky note: musculoskeletal ni memang bestt angattt....(nangis dalam hati)

                  HWAITING!!!!nak EOS dah...doakan kitaorang~ pastu korang usha blog akak ni for info apa yang akan dipelajari nanti di UKM ni..jangan lupa doakan akak ni gak..dia sangat sangat banyak berjasa   =  http://kurakuramedic.blogspot.com/

 lupa nak gitau kitaorang sekarang tak tinggal dekat KTSN di KL tapi di UKM CHERAS,KL KTDI2..kalau aku rajin aku citelah.



Monday, March 16, 2015

YOLO

Assalamualaikum!!!!!
BERHABUK BERSEPAH BERSAWANG SEMUA ADA.
Macam ni  lah hidup budak medic ( nangis jap)
Hehehehe… queen drama sangat. Biasa je tapi of course lah banyak benda yang kita belajar.. even course lain pun ada susah senng. Stay positive je..
PRINSIP AKU MASUK MEDIK ni sama je macam selama ni aku guna dalam hidup aku.

POSITIVE. KAU BOLEH. YAKIN KAT ALLAH YAKIN KAT DIRI SENDIRI.USAHA.TAWKKAL. In shaa Allah boleh J
Alhamdulillah hari tu punya end of semester exam aku lulus!!
Gilaa laaaa…..hesssyyyy apa apa pun bersyukur..mihmihmih

Jap,, sebenarnya aku nak cerita benda lain..lain pulak aku tulis
Macam ni sebenarnya.. Minggu lepas adalah minggu paling paling paling paling paling paling paling HECTIC!
Meh sini aku cerita… Beginilah kronologi hidup aku.

Aku cerita satu hari je..malas nak panjang panjang.

ISNIN 2 MAC 2015

Hari ni birthday rakan seperjuangan aku. Dr.Athirah. aaamin..
Hai thirah!! Bangga tak aku tulis nama kau?? Hehe… Happy Birthday May Allah Bless You.. muahmuahmuah.. tahun depan in shaa allah umur panjang aku wish lagi..ngeeee
Ok. Nak dijadikan cerita kan aku dengan kawan aku lagi sorang ni nama dia Nabilah.. kitaorang rancanglah nak beli kek kat SECRET RECIPE.. dengan masing masingnya otak mengongg tak pandai nak order…tak pandai pilih menu.. kitaorang sepakat lah nak belikan chocolate almond half….
Masa tu waktu petang, aku dengan geng bulatan bahagia aku nak buat usrah dekat Tasik Sri Permaisuri nuhh…ingat nak celebrate birthday tyra..punyalah merancang Alhamdulillah dapatlah jugak surprise Athirah nii..
Nak dijadikan cerita lagi…aku ter ‘lock’ kereta aku sebab aku ni genius sangat… kawan kawan yang lain semua panik la jugak tapi aku lepak je sebab benda ni pernah jugak jadi kat aku..hehehe..

AKU KAN PAKAR BAB LOCK KERETA NI.

So pergilah google macam mana nak unlock balik …ter’lock’ ni means kau tak boleh nak pusing kunci to start your engine… so dah dapat search dekat google ni…dia cakap suruh pusing pusing kan stereng sambil pusing kunci kita tu..
Aku pun dengan semangat yang jitu aku pun buatlah…

Tapi aku tak tahulah kalau aku ni kuat sangat ke ganas sangat ke.. nak dijadikan cerita lagi.. STERENG PULAK LOCK!! Macam buat laka laka je kat tempat parking tasik tu..

Kawan kawan aku pun tolong aku..mintak tolong orang lalu lalang try unlock kereta aku tu..
Dah nak dekat 7 orang la jugak try. Tak boleh jugak..
Tapi aku lepak je la.. tapi aku cakap dekat kawan kawan aku kesian kat diaorang mana tahu kan dah plan nak buat apa kat bilik lepas habis sambut birthday thirah..
Kalau aku,,aku dah plan dah nak study hehhehehe(pelajar mithali konon kan)
Tapi yang terharunya diaorang jawab takpe..pengalaman.. Aku dalam hati bersyukur sangat sangat sangat sangat sangat sangat  Allah jumpakan aku dengan diaorang.. even baru kenal berapa bulan pun,, aku rasa kitaorang punya ukhwah tu kuat sangat..
Waktu tu dah malam dah… so kitaorang pun buat keputusan panggil kawan lelaki kitaorang yang kitaorang rasa ARIF pasal kereta ni…

Dah ikhtiar bagai tak jadi jugak, so decide lagi panggil orang workshop…

TUT TUT KAN dia try buat jadi..ALHAMDULILLAH.. even beberapa kali cubaan..
Aku pun meloncat loncat la kegembiraan macam apa entah…kawan aku semua lega gilerrrrrrrrr…. Gila weh takkan nak terperuk kat tasik tu… dah lah Cheras ni banyak kes..
Tapi apa apapun..Allah lindungi kitaorang..hewheww,,

Memang pengalaman the best lah terkunci lock nak start tu plus lagi terlock stereng hasil air tangan aku.. memang kenangan TERINDAH angat,,hahahaha..
Cuba bayangkan aku sesorang je..tak ke naya.. nasib baik dengan kengkawan aku kereta buat hal..
Sekian

Sticky note : lain kali papehal terus call workshop..mereka lagi arif.
Stay positif even ko punye kereta mengada ngada..kena sabr dengan dia..aku rasa kereta tu merajuk sebab aku selalu rosakkan bumper.mihmihihh. 

thanks kepada sesiapa yang tolong..jasa korang aku kenang sobsobb :')



Tuesday, January 27, 2015

Tawakkal



Assalamualaikum~

ALHAMDULILLAH!!!!!

Dah habis exam EOS!!!!

Waaahhhh!!!


Mula - mula masa awal-awal study week tu macam di awang awangan lagi...rase macam berat sangat,lemah sangat nak exam ni...

Aku fikir kenapalah aku ni lembik sangat padahal kat sekolah dulu kat matrik dulu,,,study last minute bagai nak rak pun macam rilek, macam cool je...tapi bila exam ni kecuakannye,kegementarannye,kenervousannye semua ada.. tak tahu nak describe macam mana...

So aku pun fikirlah balik,,muhasabah diri balik asal aku tak cool hahh?? Asal aku tak tenang hahh?

Rupa-rupanya aku lupa nak bersandar kepada yang Maha Kuasa... aku lupa yang dulu aku usaha ( even last minute pun) aku boleh lepak je... sebab aku yakin Allah akan tolong aku..

Aku balik rumah reset diri... kuatkan hati tabahkan hati untuk redah EOS ni..

Alhamdulillah~

Aku jawab EOS tenang je,,cool je,,even ada la jugak soalan yang main tembak tembak,,main goreng goreng..tapi aku rasa tenang je..Aku yakin Allah tolong~

Tu lah kuncinye tenang,,kenapa aku tenang? Sebab aku tawakkal kat Allah.. Aku dah usaha sungguh-sungguh..tidur 4 jam...mimpi cell cell,,ngigau ubat-ubat sume ...huhuhuhu.. makan pun asyik teringat metabolism je...asyik teringat enzyme je.Tu lah..masa study week... seminggu je tapi perasaan tu macam sebulan!

Ntah mende ntah kitaorang buat tak tahulah..

Kepada kawan kawan seperjuangan,,sama sama lah kita bertaubat...hahahaha taknak dah study camni..hehehe...fahamkan dulu agar masa akan datang nanti otak tak meletup nak hafal nama ubat..nak tahu pain pathway..nak tahu haemoglobin,,nak tahu macam macam lah...study awal awal!

Aku doakan kita semua lulus

without any reseat.. In sha Allah aaaamin~

Yang penting sekarang ni tawakkal!!!

Jumpa sem 2 nanti in shaa Allah... take care korang!

sticky note : jom marathon jom~




Sekian.fnn.

Saturday, December 20, 2014

Aku suka naik bas

Assalamualaikum uollss..

Masalah betul minah ni hari tu cerita suka masuk hospital,ni cerita suka naik bas pulak..

Ek eleh aku punya suka,aku ceritalah!! Ada aku kisah. HAHAHAA..

Ceritanya macam ni..

Pada suatu masa dahulu, aku ni masa sekolah rendah, rumah aku dekat sangaaaatt dengan sekolah.
So aku jalan kaki lah pegi sekolah. Takkan nak perabihkan minyak mak ayah aku semata mata malas jalan kaki pergi sekolah?

Aku ni kira jakun lah kalau nampak bas, sebab kat sekolah rendah aku dulu mesti ada kawan yang naik kereta mak ayah diaorang hantar dan ada jugak kaum kerabat yang naik bas.
Bagi akulah kan, siapa yang naik bas tu ohsem gilerrr! Sebab apa tau.. dulu masa sekolah rendah mestilah kita semua pendek pastu kalau naik bas tinggi so bolehlah nampak bumbung kereta orang lain..hikhikhik. pelik tak pemikiran aku masa dulu.

Pastu akulah paling jakun kalau ada nak pergi lawatan sekolah,camping ke,,sebab kalau nak pergi beramai ramai mestilah naik bas kan?? Jakun sangattt..

Nak dijadikan cerita kejakunan aku pun berleluasa sampai ke sekolah menengah,
Masa sekolah menengah pulak aku ni duduk asrama. Manalah naik bas. sekangkang kera je nak pergi sekolah (sebab tu suka keluar lambat..teruk betul perangai pengawas yang sorang ni)

Tiap kali naik bas je aku jadi macam excited semacam pastu usha usha orang kat luar..kalau ada budak budak pakcik makcik lambai lambai kat diaorang.Alhamdulillah kawan aku pun sama.jakun jugak.hahahaha

Pendek kata aku sukalah bas ni...pastu dah makin besar ni kan sejak dah pandai drive ni aku pikir. "Hebat betul orang yang bawak bas ni"
yelah bayangkanlah bas tu dahlah besar nak kona kat simpang tu kalau salah belok kang ada yang terbalik. Dahlah ramai orang yang dia bawak.. Hebat hebat. Aku yang bawak innova ni sipi sipi je nasib baik lepas :)

Haaaaa.... nak dijadikan cerita aku masuk UKM ni... nak dijadikan cerita lagi patutnya kami pelajar perubatan sepatutnya menetap kat Kolej Tun Dr. Ismail ataupun nama komersial dia.. KTDI

Akan tetapi disebabkan kolej tak siap lagi...sobsobsob..(sedeyy buat iteww camnieeyyy) transport harian kitaorang dari Bangi pergi Cheras tu adalah BAS.

Sungguh ironi hidup ni.. masa aku sekolah rendah,menengah,matrik sema takdelah pulak naik bas tapi masa dah masuk universiti ni amek kau naik lah bas puas puas.

Heeeeeeeee.... nak cerita pasal bas lagi..hari hari kitaorang semua kena bangun awal pagi pagi,,sebelum ayam berkokok semua sebab bas tunggu 6.30 pagi tapi selalunya ada lagi awal daripada tu... siapa yang terlajak tidur tu nasiblah..nasib baik jugak aku senang bangun pagi,,,nak diharapkan aku yang tidur mati ni memang selalu la kot tertinggal bas. Tapi alhamdulillah setakat ni tak lagi..hikhikhik..tak sanggup ditinggalkan bas.adapun sekali je tapi bukan pagilah..petang.

Bas yang kitaorang naik semua ada 4.
Nama mereka adalah
 1) NOOR
2) Eltabina
3) WSN jenama mercedes benz.(entahlah aku pun tak pasti) hahaha
4) Bas UKM

tapi hidup tak selalunya indah, kadang kadang adalah bas nak rosak nak ni lah nak itulah.. kalau terpaksa sangat bas tu dah penuh terpaksalah duduk kat tangga bas,
Kelebihannya boleh tengok dari driver punya view.. boleh usha pakcik bas tu bawak camne mana tau boleh pulak nanti aku bawak bas.hahaha
Kekurangannya aku suka tidur dalam bas so tak boleh tidur lah dah duduk kat tangga bas tu...buang tebiat ke apa?

Pastu nak cerita lagi kalau naik bas ni kan...bas NOOR tu paling aku dengan kawan aku suka sebab seatdia beste,, Walaupun ada kawan aku dah rosakkan satu seat..teehee dan driver dia sangat baik,,dia akan make sure batch aku semua dah naik bas..kalau tak pun kadang kadang dia call kan kawan bas dia yang lain kalau ada budak tak naik bas lagi,,camtulah baiknya. Kalau kitaorang turun bas pun mestilah cakap terima kasih pastu dia senyum balik..ada yang lain kitaorang terima kasih tak pandang pun,,,syok pulak dia berwassap,huhuhuhu,, camni arr.


Dah nama budak universiti mestilah jenis yang aktifkan tapi kadang kadang tu agak agak lah...masa naik bas pagi pagi tu lah masa orang lain nak tidur tu lah ada makhluk Allah ni bising bising sembang sembang.. its okay lah nak sembang ... AKAN TETAPI. pikirlah orang jugak. Aku pikir diaorang ni tak ngantuk ke? Walawala eh bising macam pasar.. bukan nak gebang tapi ni cerita betul. Sampai kawan aku ni,,nampak je kitaorang akan naik satu bas yang sama, kitaorang akan gunakan seagi kudrat yang ada nak elak dari anasir anasir ni.. HUHH..

Takpe kita chill lepak je.. dengar cerita In shaa Allah semester depan kita nak pindah. Aku pun tak tahu tapi yang pasti aku dah muak naik bas. sebab apa? sebab lagi induce aku nak tidur. Dahlah hobi tidur,,apa nak jadi ntah... sabar ye my friends~ sesiapa yang kejut aku tak bangun tu harap maaf. Tapi diriku ni seorang yang taruk bom dekat sebelah pun tak bangun..aku spesies yang tu..
Thanks kawan kawan yang mengerti love uollsss~

Tabah sama susah sama sama senang sama sama~ Semoga kita berjaya dunia akhirat. aaamin~


sticky note : EOM 3 dah habis. hewheww macam biasa kita tawakkal. Allah kan ada :)

Aku tak buat lagi reflective writing. Blog ni boleh tak? Hehe.

Thursday, December 4, 2014

Aku suka masuk hospital



Assalamualaikum~

Apesal pulak minah ni suka masuk hospital?
Orang lagi nak sihat ni nak sakit.
Nope nope...aku suka masuk hospital bukan sebab sakit tapi sebab aku suka suasana hospital tu... Entahlah kenapa suka tengok patient dengan family dia...
Aku baru sedar yang aku suka sangat observe orang..suka tengok gelagat ragam magam semua.
Tadi aku berjalan dari bangunan clinical, pre-clinical sampai lah HUKM. Sebab aku nak cari saksi untuk borang jpa aku ni...fuuuhhh sempat la jugak aku main main lif kat bangunan pre-clinical yang 18 tingkat tu..nasib baik tak sesat.
Nak dijadikan cerita destinasi last aku..aku pergi la masuk hospital..
Pencarian aku pun hampa jugak....dapatlah turun sikit kalori aku makan nasik lemak paru pagi tadi...
Penat jalan penat pikir aku pun putus asa ...aku pikir esok pun boleh je nak jumpa lecturer...tapi disebabkan hari ni aku free so aku pun mulakan pengembaraan aku..
Tapi tu lah...HAMPA.
 But but but... Don't worry,,,aku tak kesah...heeeee alang alang aku dah masuk hospital tu...aku pergi food garden beli horlick ais...pastu lepak dekat laluan besar panjang tu...yang ada klinik ortopedik,surgeri semua tu...pastu aku start la hobi aku tu... 

Sambil minum horlick aisss sodap tu.aku pandang kiri kanan tengok orang sekeliling.

Aku tengoklah. Ada seorang ayah ni dengan anak dia...tadika mungkin.
Menurut pemerhatian aku yang entah betul ke tak ni ayah dia sakit kaki sebab dia pakai tongkat nak jalan mungkin accident or dia jalan jalan..terjatuh patah kaki.. Allah je tahu. Ayah dia cakaplah dekat anak dia macam nak lumba.,comel sangat!!! Sebab apa tau..anak dy pun jalan perlahan macam ayah dia..support ayah dia..taching aku dekat kerusi kuning tu..

Lepas tu aku tengoklah ada anak bawak mak dia atas kerusi roda,,, aku dalam hati bersyukur sangat sebab aku still boleh nampak keperimanusiaan lagi..bukan apa..kita tahulah dunia sekarang ni macam mana..sambil tu aku doa jugak mak ayah aku sihat aaamin..

Ada jugak nenek dengan cucu..aku suspect cucu dia tu autisme..sebab cara dia semua...dari observation akuLah yang entah apa apa tu..hehehe
Sweet jugak tengok diaorang...
Aku dengar suara baby nangis,,macam macam suara,,macam macam warna kulit ada,,bahasa ada,,semua adaaa...

Sebak tengok orang sakit tapi aku tengok diaorang ni happy je... Ada seorang lelaki ni dia punya kaki macam susah nak jalan mungkin kaki dia ...tulang dah lari..tapi dia senyum je jalan,,aku ni yang sempurna ni,,kita yang sempurna ni sihat walafiat ni masih merungut kalau benda apa apa yang terjadi..

Serius kalau kita tengok orang sakit memang kita dapat belajar something...tak banyak pun sikit pun jadilah..
Tu je nak cerita sebenarnya...tu lah jugak salah satu sebab aku nak jadi doktor..nak mengajar aku erti kehidupan yang lebih baik.

Terima kasih ya Allah..memberikan tubuh badan,akal yang sihat kepadaku,keluargaku,sahabat sahabatku..alhamdulillah~

Sticky note : esok aku usaha lagi cari saksi.

Saturday, November 8, 2014

Selamat tinggal cuti midsem!

ASSALAMUALAIKUM!

Uwaaaaaaaa.....dah habis dah cuti.
Ok set balik minda nak belajar.
Muhasabah Diri lagi.
Kuat!


Banyak sangat benda berlaku dalam tempoh masa aku tak tulis blog ni
Banyak sangat benda nak improve.
Banyak sangat.
Entah apa yang banyak aku tak tahulah.

Yang penting wishlist nak bawak innova success!! Hewhew. Bajet sekejap.

Sekian.fnn.

sticky note: Jangan nak dok berjimba sangat Fatin Nadira...EOM nak dekat dah!


Monday, September 15, 2014

Kem PPD 1

Assalamualaikum peeps~

Hari khamis lepas berakhirlah kem ppd weollss budak medik tahun 1~

Kem Bina Negara
Tanjung Rhu Sepang
9 - 11 sept 2014
KEM PPD 1

kem ppd ni ada 3 .. so budak medik tahun 1 macam aku ni pergi yang first ni. In shaa allah aku pergi kem PPD kedua dan ketiga bila dah masuk tahun 3 dan tahun 5. Doakanlah dipermudahkan untuk kitaorang semua.teehee.(gedik pulak)

Bagi aku kem ni best sebab apa tau. Sebab makanan sedap..oppsss bukanlah,, tu salah satu daripadanya mostly of course dapat benda yang bermanfaat kan.

Apa meaning kem ni,, PPD what the tut is that?

It means professional & personal development. Patutnye kem ni seminggu pastu potong potong potong jadi lah 3 hari sahaja. Kitaorang pun suka~

 Kat sini linenye kingkong sikit. So sesiapa yang rasa diri dia tak boleh nak hidup dalam keadaan macam ni. Preparelah diri awal awal. Bagus jugak .takdelah 24 hours dengan fon je..makan dengan fon.tidur dengan fon.mandi pun dengan fon.eh ada ke? Entahlah, aku pun tak tahu ada ke tak spesies macam ni.kalau ada bagitahu la ek.


Here we have to improve our soft skills not just to treat patients but colleagues, doctors and professors as well. Expand your world and be a holistic doctor. Itulah serba sedikit yang boleh diperoleh dari kem ni. Takkan nak cite semua. Tak habis habis kang.

Haaaa sebelum kem ni kitaorang kena tengok movie ni



                       PATCH ADAMS

A very touching movie. Very motivational. Funny too!!
Must watch~

Pastu masa kem kitaorang tengok movie

                           LASKAR PELANGI

Touching gak cite ni. Siapa rasa down ke tengoklah cite ni.
Sangat memberi inspirasi dan membuatkan kita sangat sangat sangat sangat sangat bersyukur kita ni ada kat Malaysia. Seriyesss!! Kawan aku cakap cite ni dah lama dah. Macam biasa aku kan noob pasal cite cite ni.hehehe.

Nak cite lagi pasal group aku pulak~
Group ni la akan bersama aku masa PBL sume. PBL ni lain kali aku cerita.
Sangat lawak. Macam macam ragam ada. Supportive to each other. Aku harap kita semua ni graduate sama sama. Aaamin ;)

Macam biasala kan perspektif orang kalau kem ni mesti boring. Kalau kem je mesti ada nyamuk. Kalau kem je mesti makanan tak sedap.

NOPE. Jangan nak jadi pesimis sangat. It's up to us to make it enjoyable or not. Tak kisahlah nyamuk ke apa ke just enjoy! Tak payah nak mengada ngada.. it's a part of life. Tapi yang pasti kem ni bestlah takde anasir anasir jahat sume takde.makanan sedap dan cukup ( tu yang penting ),, group gempak , talk best, movie best. But of course kem.mesti ada talk dan mesti ada mengantuk. Asal ada orang cakap kat depan je ngantuk. Itu biasa.tapi jangan tidur berdengkur pulak. Rasa tak tahan tu. Angkat punggung. Jalan . Pergi toilet. Basuh muka. Ataupun mintak kawan urut ;)

Tips untuk menahan diri dari tidur masa talk.haha..pun boley.

Sekian.fnn.

sticky note : selamat hari malaysia.

Sunday, September 7, 2014

Selesai sudah MMM

Assalamualaikum~

Fuuuuuuuuuuuhhhhhhhhh......alhamdulillah lega orientasi dah selesai... dekat UKM ni orientasinya digelar MMM not M&M wokeyy?

MMM stands for Minggu Mesra Mahasiswa.Sangat precious memori masa orientasi ni.So enjoy je orientasi even penat ke sakit kaki ke sebab banyak jalan or whatsoever.just think positive and go on..

Ooooooo lupa pulak nak ceghitaa..aku kan budak medik dan sepatutnya kami ni haa first batch yang rasmi KTDI di IPG tu...tetapi,,,


KTDI tak siap renovate lagi..sobssobsss..
Seriyes terkejut gila badak gorilla elephant sume..tut tut tinggal kat bangi.. kat kolej pendeta za'ba. Kolej di hujung dunia. Hekkkk. Dah mangat dah nak decorate decorate bilik bagai (konon kononlah).

So,, now im writing this at my temporary room with no roommate (kak put ada ulang alik dari rumah..huhu) But its okay its alright!! Sebulan je kot stay sini in shaa allah~~ pakat buat solat hajat tiap tiap hari bagi kolej siap cepat..hahahaha.

Now back to MMM,, ari isnin daftar bagai..dah terkezuttt bagai bagai tu pegi lah bangi... jem pulak nak masuk kolej pendeta za'ba ni adoyaiiii..nasib baik abah cool la gak.tapi yang kangkungnye..adik aku pakat tido dalam keta...sodapp je..orang dupdapdupdap nak masuk U.Penat tunggu habis jem..penat angkat beg sampai tingkat tiga. Dahlah masa matrik aku dapat tingkat 4.kurusnya idok.. Aissshhh.

Seriyes lagi ni... kitaorang dikurniakan (ececece) kakak dan abang PC yang sangat caring maring..terharu uooolllsss..setiap hari setiap masa tak jemu tanya..

Siapa tak sihat? Siapa tak dapat makanan lagi? Siapa ......? Dan bermacam lagi.
Naik jemu dengar..hehehe.tapi best orang tanya banyak kali macam tu.

Aktiviti semua bestt~ Bagi akulah..aku suka gila masa pergi lawat fakulti and pergi DECTAR. Sangat best sebab boleh jumpa dekan dan orang orang kuat UKM semua.. mereka mereka ini sangat friendly sampai rasa macam mak bapak kita pulak...rasa sangat tinggi darjat mereka mereka ni semua..tak tahulah nak cakap macam mana diaorang macam ada aura yang tersendiri. Allah sendiri angkat darjat orang berilmu..betullah tu sangat betul. Rasa kagum tengok dekan dekan semua..prof.madya.dr sume...berbangga sangat dapat kenal.even diaorang tak kenal kita..yelah budak mentah lagi.keke.


Next,, yang paling sinonim dengan UKM ni adalah PERANG DECTAR.
Apa kebondo ni perang DECTAR ni? Apahal nak perang perang bagai takde kerja dah?

Bukan macam tu perang ni just macam perang cheers la...dengan semangat kekolejan yang dipupuk semasa orientasi ni...semua mahasiswa siswi semua salurkan melalui suara...menjerit melalaklah korang semua..hehehe..tapi kitaorang balik awal apakan daya~

Malam semalam pulak ada dinner dekat PPUKM. Dah habis dinner kiraorang apa lagi snap snaplah dengan PC semua... PC ni pemudah cara macam fasilah kiranya..tapi kita kan U dah tak mainlahh fasi fasi nihhh..hahaha poyooo!

Sangat sangat sangat berterima lasih dekat kakak dan abang PC semua..even seminggu je dengan kitaorang tapi rasa dekat..kitaorang akan ingat pesanan amanat semua...

Aku ni kira dah jadi doktor tapi tinggal segulung ijazah je melayakkan diri nak letak DR. kat depan nama tuhh.. 5 tahun lagi doakan batch kami semua~

Bukannya nak kena lulus dengan cemerlang je..tapi kena pandai apply apa yang kita dah belajar dekat patient. Kena amalkan.. semoga dipermudahkan segala galanya... kitaorang dekat sini bukan nak compete siapa lagi pandai..tapi kita sama sama tolong sesama sendiri nak berjaya..yang tu lah kejayaan sebenar (bukan nak gebang ke bajet poyo ke apa tapi benda ni sangat betul).sebab bila kita belajar mestilah nak berjaya sama sama dengan kawan kan? Kalau yang takde perasaan camtu cepat cepat taubat..jangan selfish sangat..tak ke mana pun.. Allah boleh tarik nikmat kita ada ni sekelip mata je.. peringatan kat diri sendiri juga.. Rasa sangat happy bila kawan kawan kita semua berjaya.. aku sangat happy sebab kawan sepraktikum sewingmates sesekolah sume berjaya dapat U syukur sangat sangat.( betul ke ni BM ni)

Fuuuuuuuhhh lagi sekali.panjang sangat ceritanya..so thats all.

Selamat maju jaya budak medik sekalian~ jom jadi doktor yang berjaya dunia akhirat :)

Sekian.



-fnn-


Tuesday, August 26, 2014

Saya seorang pelajar UKM

Assalamualaikum!!!
Well hello peeps :)

Minggu lepas ngan minggu ni ni aku busy giler giler giler

Sebabnyeeee
Nak masuk U dah!!
Alhamdulillah...dapat first choice. Serius! Ni rezeki yang memang aku tak sangka boleh dapat. Sebab nak cakap aku ni budak cemerlang gemilang terbilang pun tak jugak...aku budak yang biasa sahaja.kalau nampak kat bilik masa matrik dulu.aku ni kejenye tido je..tak pun makan tak pun tengok movie sambil makan (multi-tasking yang paling aku banggakan..hehe)

Masa keluar UPU tu memang bersyukur tak terkata la wehh...sebab memang tak sangka. Ok banyak sangat pulak tak sangkanya tapi memang tu lah faktanya.


And now, on 1st September 2014, I will register at Kolej Tun Dr. Ismail as a MEDICAL STUDENT. saja tulis besar bukan nak riyak ke apa :) . Sebab ni kenyataan yang aku rasa macam mimpi lagi... sampai dah beratus kali aku bukak surat tawaran nak tengok betul ke tak tu nama aku...sekali dengan ejaan nama ayah aku betul ke idok ejaannya..


So last week dengan minggu ni busy la bagai nak rak...nak cop itu ini.tangkap gambar passport nak taruk kat kad pelajar nanti.kalau tak cun payah plak (abaikan.anggap tak pernah baca)

Pastu nak cari cari sijil lagi..sape yang tak pandai jaga tu hilang lah..ntah ceruk mana ntah sesat plak sijil tu. Nak beli barang lagi...aiyoooo. Sape yang pandai bawak kereta tu okla kan boleh gerak sendiri ni kalau yang takde lesen or ada lesen tapi kereta tarak macam aku ni ACANE? kena lah mintak tulun sama ibuk.... thanks ibu~

Alhamdulillah akak akak dan abang abang senior buat group kat fb...boleh lah tolong junior junior yang macam cacing kepanasan ni.tak tau nak prepare apa pun. NOOB GILE. Aku pun alhamdulillah la kan ada lagi dua orang besties aku dapat ukm so aku pun cadangkanlah nak buat group wassap untuk kitaorang bertiga je..hehehe..bukan sebab nak batak budak ukm tapi sebab nak memudahkan lagi kitaorang nak communicate.nak bawak apa apa itu ini semua..apa apa info dari fb kitaorang forward kat group ni.nampak tak bagusnye~ kerjasama!


Kalau UKM ni memanglah ada sekali buku pendaftaran tetapi ada lagi dokumen yang kena bawak untuk pendaftaran.



Ni lah document yang perlu ada semasa hari pendaftaran (Minggu Mesra Pelajar)


1. Kad Pengenalan (original dan salinan)
2. Salinan Kad Pengenalan Ibu Bapa
3. Sijil Lahir
4. Surat Tawaran Universiti Kebangsaan Malaysia
5. Sijil SPM
6. Sijil STPM
7. Sijil Matrikulasi
8. Sijil Muet
9. Sijil Berhenti Sekolah
10. Sijil Kokurikulum
11. 5 Salinan Slip Gaji Ibubapa/ Penjaga (Jika tiada slip gaji, sila sedikan Borang J)
12. Surat Laporan Ujian Kesihatan (surat yang anda terima dari doktor selepas selesai ujian kesihatan)


*kena sahkan dokumen ni!


Sesape yang belum join lagi group ni sila lah join ek~~

https://www.facebook.com/groups/ukmofficial20142015/?fref=nf

Sekian.fnn.