.contact me.




Thursday, June 25, 2015

MUSIM PEPERIKSAAN SEM 2

Assalamualaikum~
Alhamdulillah!!!!!!!!!!!!!!!! Akhirnya inilah masa yang dinanti - nantikan nak buat pengumuman yang EOS dah habisssssss~~sebab musculo dah habis esok exam MEDSOC pulak weeeeeeeee~

3 minggu berhempas pulas.Hmmmm tapi jawab pun macam ye tak ye je.sobsob..
Even camtu pun aku tak kisah sebab sebelum masuk exam tu yakin Allah tolong,
Suka cakap macam ni sebab nak yakinkan and sedapkan hati
" In shaa allah,ko boleh buat..boleh,boleh,boleh."
" Jawab je apa yang ko paham"
Paling penting " Jangan risau Allah ada, Teruk mana pun kau jawab paper tadi,kau tawakal je"

Tapi nak sedapkan hati tu senang sangat, bak kata orang cakap senang. Tapi nak buat tu susah.Hailaaa.

Takpe,,berkat bulan ramadhan sama-sama lah ye kawan-kawan kita doa bagi lulus sem ni dengan jayanya.BOLEH ( emoticon biceps)

Ni nak cerita 5 jenis makhluk yang akan masa musim peperiksaan ni :

1) ZOMBIE
Yang ni paling common kot. Yelah study week seminggu tapi lecture notes,PBL,MES ngan SLP tu beribu-ribu muka surat, Kalau kita ni Imam Syafie boleh la gak kan..tapi tidak..sobsobb.. Dah baca lecture ni lecture lagi satu tak ingat. Ya Allah kuatkanlah ingatan ni ya Allah.. bagilah aku faham ilmu yang aku belajar.Tu je aku doa. Berbalik pada zombie ni, disebabkan banyak lagi ta baca so RAMAI la orang stay up untuk baca.Tu yang tido lambat bangun pagi dengan pakej eye bag dan mata panda. Lepas tu otak pun tak boleh gerak dengan betul. Tu yang macam senget je tu.Muka pun hilang seri.

2) PENAGIH
Ni bukan penagih dadah ye kawan-kawan. Ni sebab dia ketagih minum kopi sebab nak stay up punya pasal.Lepas tu ada jugak orang lain suka benda lain like jajan ke,sebab nak bagi jaga kan so dia kena kunyah-kunyah benda,Kalau macam aku ni,aku suka redbull kerana dia tak diuretic dan aku tak pening kepala pada keesokan harinya. Mamai macam orang hilang arah kalau minum kopi.

3) KAKI SEPAH
Hohoho,syndrome ,,ni memang 100% aku jamin. Siapa budak U yang exam mesti bilik sepah. Tak sepah dengan baju sepah dengan lecture notes. Asbabnye malas lipat baju pastu longgok-longgok. Biasala kan time is precious, takde masa nak kemas-kemas ni..Habis exam tu lah baru start buat spring cleaning bilik tu.

4) KAKI TIDUR
Ada manusia ni pulak,masa exam tu lah rasa ngantuk,asal nak baca je ngantuk.So kalau dah ngantuk tidurlah jawabnya.Ni aku la kot..Penat perah otak..huhhuhu,Bukan bermaksud yang tidur ni dah baca habis. Kadang-kadang otak dah tepu sangat tak boleh masuk apa dah. Sedihh..

5) SYAITANIRRAJIM WA NAFSI
Haaaaa disebabkan ni skang bulan ramadhan so makhluk Allah yang satu ni kena lock tapi tinggal nafsu je.. Nak dijadikan cerita pulak masa exam lahhhh cerit best-best so masa tu lah nak tengok tu nak tengok ni.. Aku pernah macam ni..so aku bertaubat lah.sebab memang lah best waktu masa ko tengok tu.Tapi waktu exam nanti menangis kau nak jawab..lainlah ko ni genius,, Buatlah apa korang suka asalkan bahagia. Pastu masa exam tu la pulak keinginan nak main game tu membuak-buak.. Tapi aku nasihat kat diri sendiri." Jangan nak menggedik,ko tu dah lah tak pandai,ada hati nak main-main,tengok cerita itu ini. Kalau baca sekali dapat masuk takpe la jugak. Ini tak...dah dah pergi belajar. Lepas ni ko nak terbungkang depan laptop tu haa silakanlah..Right now, kena wajib study!"
Kena tegas sikit. tapi betulla kan..benda benda ni semua boleh letak tepi dulu..Priority kita sepatutnye belajar. So boleh lulus dengan gembira. Aaamin~



Ni je lah kot makhluk-makhluk yang aku dapat simpulkan yang aku nampak,,yang lain-lain ada je kat luar sana,,yang ni je yang common..hikhikhihik (otak tak stabil sebab exam tadi.maafkan tuan blog ni)

Tak lambat lagi kan nak wish ramadhan? Belum masuk 10 lagi..hehe Ramadhan Kareem..jom kumpul pahala banyak banyak. Doa banyak banyak mintak Allah bagi lulus. Aaamin.

sticky note : minggu depan ada OSPE dengan OSCE doakan jugak..gogogo sikit lagi~Jangan risau kawan kawan kita tawakal and fight for OSPE and OSCE :)


No comments:

Post a Comment